Utusan Borneo (Sarawak)

Interface Global Education perkenal pendidikan separuh masa ke Kapit

-

SIBU: Buat julung kalinya, Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu memperkena­lkan produk pendidikan separuh masa ke Bahagian Kapit, baru-baru ini.

Terdahulu, rombongan tersebut memberi penerangan dan taklimat kepada kakitangan Majlis Daerah Kapit (MDK).

Taklimat serta penerangan mengenai institut itu disampaika­n oleh Pengurus Wilayah Interface Global Education Malaysia (Sabah dan Sarawak) Kapten Anwar Shahabudin Kamaldin.

Turut menyertai taklimat itu ialah Pegawai Kaunselor Pelajar Interface Global Education Cawangan Sibu Jocky Jim Ungka.

Menurut Anwar, Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu bakal mewujudkan kelas di Kapit.

Katanya, ini akan memudahkan orang ramai yang ingin melanjutka­n pelajaran di peringkat diploma dan ijazah (separuh masa) kerana mereka tidak perlu pergi jauh untuk menuntut ilmu.

“Dengan adanya kampus mini di Kapit, ia akan men- jadikan Interface Global Education Malaysia sebagai satu-satunya organisasi pendidikan tinggi yang mewujudkan kelas di bandar tersebut,” jelasnya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambahnya lagi, pihak MDK amat memberi sokongan terhadap perkara tersebut.

“Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu komited melaksanak­an pendidikan separuh masa di Kapit.

“Berita ini akan memudahkan warga Kapit sekiranya ingin melanjutka­n pelajaran separuh masa.

“Dalam cabaran masa hadapan, pendidikan amat penting. Oleh yang demikian, kita hendaklah memajukan diri kita,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Penolong Setiausaha MDK Kelimbik Sibat amat mengalu-alukan cadangan dan niat Interface Global Education Malaysia melebarkan sayapnya ke Kapit.

“Walaupun kita orang bekerja, ilmu juga amat diperlukan dalam hidup kita. Anggap ini sebagai satu cabaran untuk kita memajukan diri dalam bidang pendidikan,” katanya.

Kerjasama dengan universiti tempatan iaitu Universiti Malaysia Pahang bagi peringkat ijazah ( separuh masa) dan Universiti Teknologi Malaysia bagi peringkat diploma profesiona­l merupakan antara program yang diperkenal­kan.

 ??  ?? TAHNIAH: Simoi (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang peserta majlis khatam al-Quran sambil diperhatik­an oleh Piling (dua kiri) serta guru-guru kanan yang lain.
TAHNIAH: Simoi (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang peserta majlis khatam al-Quran sambil diperhatik­an oleh Piling (dua kiri) serta guru-guru kanan yang lain.
 ??  ?? DARIPADA KAMI: Kelimbik (sepuluh kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Anwar selepas menerima kunjungan daripada pihak Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu di Kapit, baru-baru ini.
DARIPADA KAMI: Kelimbik (sepuluh kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Anwar selepas menerima kunjungan daripada pihak Interface Global Education Malaysia Cawangan Sibu di Kapit, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia