Utusan Borneo (Sarawak)

PVTMS seru anak Sarawak masuk MTD bagi sesi 2019

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak ( PVTMS) menyeru anak watan Sarawak untuk memasuki Maktab Tentera Diraja ( MTD) bagi sesi 2019.

Tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat sesi 2019 ke MTD telah dibuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2018 sekarang melalui laman web www. rmc. edu. my.

Sementara itu, ibu bapa juga diseru memberi sokongan sepenuhnya kepada anak- anak untuk menyertai MTD bagi melahirkan bakal pemimpin masa hadapan.

Pengambila­n Putera Baharu untuk kemasukan ke Tingkatan 4 sesi 2019 ditawarkan kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2018.

Syarat- syarat kemasukan ialah warganegar­a Malaysia yang tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2019, dengan tinggi minimum 152cm dan berat minimum 40.5kg.

Pemohon juga mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratk­an diri jika melakukan aktiviti ketenteraa­n yang lasak.

Memperoleh­i keputusan yang baik sekurangku­rangnya 7A dalam peperiksaa­n PT3 2018 termasuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform.

S e p a n j a n g t e m p o h pengajian, pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran ( kecuali yuran PIBG, yuran kecemerlan­gan akademik, insurans dan kebajikan).

Semua kemudahan yang disediakan adalah diberi secara percuma meliputi sajian, penginapan, buku teks, buku kerja, buku tulis dan alat tulis serta uniform.

Selain itu, pelajar juga akan diberikan elaun wang saku sebanyak RM100 setiap bulan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sel Pemilihan MTD menerusi talian 0389465565/ 03- 89655562

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada pejabat PVTMS menerusi talian 084349755/ 010- 9337056 atau YDP Thomas Ling Kui Eng ( 013- 8017056).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia