Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga di tepi Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan bimbang dengan larangan berniaga 1 Januari 2019

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Para penjaja di Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan menggesa Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) mempercepa­tkan cadangan membina gerai penjaja di kawasan tersebut.

Gesaan itu disuarakan penjaja ekoran pengumuman oleh Pengerusi MPKS Dato Peter Minos berhubung larangan sebarang aktiviti perniagaan termasuk penjaja yang tidak dibenarkan beroperasi di sepanjang Lebuh Raya Kuching-Samarahan bermula 1 Januari tahun hadapan.

Menurut seorang penjaja di situ, Yazid Yusop, 33, jika penjaja di situ tidak lagi dibenarkan berniaga di tepi jalan tersebut, ia akan menjejaska­n sumber pendapatan mereka.

“Di mana lagi kami mahu berniaga kalau di sini (tepi jalan Lebuh Raya SamarahanJ­ambatan Batang Samarahan) tidak boleh berniaga?

“Ini sahaja mata pencarian kami. Kalau tidak berniaga, di mana kami hendak dapatkan duit untuk menyara hidup?” katanya ketika ditemui di gerainya yang dibina di tepi jalan Lebuh Raya SamarahanJ­ambatan Batang Samarahan di sini semalam.

Sehubungan itu, Yazid menggesa MPKS dan kerajaan negeri menyegerak­an cadangan pembinaan gerai untuk penjaja di kawasan tersebut seperti mana yang dicadangka­n.

“Jika mereka ( MPKS) hendak menguatkua­sakan larangan ini, sediakan segera gerai untuk kami berniaga di lokasi strategik di kawasan ini (Lebuh Raya SamarahanJ­ambatan Batang Samarahan),” tegasnya yang sudah berkecimpu­ng dalam aktiviti perniagaan itu sejak 10 tahun lalu.

Sebelum ini, Yazid dan beberapa penjaja lain yang berniaga di tepi jalan lebuh raya berkenaan menjalanka­n aktiviti perniagaan di gerai milik MPKS di Pangkalan Feri Muara Tuang.

Ekoran penamatan perkhidmat­an kemudahan feri itu selepas siapnya Jambatan Batang Samarahan, penurunan drastik pengunjung ke kawasan terbabit amat menjejaska­n pendapatan penjaja

Ini sahaja mata pencarian kami. Kalau tidak berniaga, di mana kami hendak dapatkan duit untuk menyara hidup? Yazid Yusop Penjaja

di situ.

Disebabkan itu, penjaja di kawasan berkenaan mengambil langkah untuk berpindah dan menjalanka­n aktiviti perniagaan di tepi jalan Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan.

Selain penjaja di Pangkalan Feri Muara Tuang, penjaja di gerai Kampung Melayu turut mengalami masalah yang sama.

Menurut Siti Sara Sahari, 31, yang sebelum ini berniaga di gerai Kampung Melayu, beliau terpaksa berpindah dan berniaga di lokasi jalan Lebuh Raya SamarahanJ­ambatan Batang Samarahan kerana laluan tersebut sibuk dan menjadi laluan utama penduduk di kawasan tersebut.

“Kalau kami tidak dibenarkan berniaga lagi di sini, di mana kami mahu mencari rezeki?” katanya sambil menambah pada Khamis lalu mereka didatangi kakitangan MPKS untuk mengambil nama setiap penjaja di kawasan tersebut bagi ditempatka­n dan disediakan gerai baharu yang terletak tidak jauh dari Jambatan Batang Samarahan.

Justeru, beliau berharap cadangan pembinaan gerai baharu itu dapat disegeraka­n sebelum menjelang tahun baharu nanti kerana bimbang tidak dapat berniaga di kawasan tersebut sebaik sahaja larangan berkenaan dikuatkuas­akan.

 ??  ?? CARI REZEKI: Siti Sara mengguntin­g keropok lekor sebelum digoreng dan dijual di gerainya di Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan.
CARI REZEKI: Siti Sara mengguntin­g keropok lekor sebelum digoreng dan dijual di gerainya di Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan.
 ??  ?? GIGIH: Yazid sibuk menyiapkan air minuman sebelum dijual kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan.
GIGIH: Yazid sibuk menyiapkan air minuman sebelum dijual kepada pengguna jalan raya di Lebuh Raya Samarahan-Jambatan Batang Samarahan.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Nordin (duduk, lima kiri) merakam kenangan bersama peserta bengkel.
UNTUK ALBUM: Dr Nordin (duduk, lima kiri) merakam kenangan bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia