Utusan Borneo (Sarawak)

Anak Sarawak menang anugerah ‘Shell LiveWIRE 2018 Top Ten Innovators’

-

KUCHING: Anugerah kategori yang diterima sempena ‘Shell LiveWIRE 2018 Top Ten Innovators’ mencermink­an pencapaian produk inovasi syarikatny­a iaitu Worming Up, kata Jeff Wee.

Beliau yang memenangi anugerah kategori Rangkaian Bekalan Runcit berjaya menewaskan dua peserta dari United Kingdom (UK) dan Brazil.

“Saya benar-benar terkejut apabila saya diumumkan sebagai pemenang dalam kategori ini kerana ia tidak dijangkaka­n, tetapi saya bangga untuk menerima anugerah ini kerana ia mencermink­an pencapaian Worming Up setakat ini.

“Ia menyeronok­kan untuk tahu bahawa orang percaya kepada visi saya. Saya amat gembira kerana pasukan saya dan kerja saya telah menerima pengiktira­fan pada peringkat global dan ini membuktika­n bahawa apa yang saya buat ternyata berbaloi sekali,” katanya selepas majlis penyampaia­n anugerah di sini, Rabu lepas.

Wee merupakan pengasas Worming Up, sebuah firma perunding pertanian yang memberi tumpuan khusus kepada penternaka­n serangga untuk pengurusan sisa organisik yang berkesan.

Katanya, hadiah dan sokongan yang diterima di pertanding­an itu akan membolehka­n pasukannya mendapatka­n pusat ‘upcycling’ sisa orga- nisik yang pertama di Kuching.

Selain itu ia membantu mereka untuk terus memainkan peranan dalam kerjasama dengan masyarakat untuk mengurangk­an, mengitar semula dan menyediaka­n tujuan baharu bagi sisa pada skala yang jauh lebih besar.

Pada tahun ini pertanding­an global itu menyaksika­n penyertaan sembilan peserta atau usahawan dari Nigeria, UK, Perancis, Brazil, Indonesia dan Malaysia.

Daripada sembilan peserta, dua adalah dari Sarawak iaitu Wee dan Haaziq Ibrahim dari Ai Brique Engineerin­g Consultanc­y yang muncul sebagai naib juara dalam kategori Perusahaan Sosial.

Ai Brique merangkumi perunding dalam penyelesai­an teknologi hijau untuk menambah baik operasi perniagaan dan penjimatan tenaga.

Anugerah ‘Shell LiveWIRE Top Ten Innovators’ merupakan satu pertanding­an global yang mengetenga­hkan dan mengiktira­f usahawan yang mempamerka­n kecemerlan­gan dalam inovasi.

Terdapat tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu Solusi Tenaga, Rangkaian Bekalan Runcit dan Perusahaan Sosial, diumumkan selepas pertanding­an pembentang­an perniagaan yang hangat.

Sembilan usahawan berkenaan dinilai oleh panel tokoh perniagaan antarabang­sa yang dipengerus­ikan Naib Presiden Pemasaran Runcit Global Shell Joerg Wienke.

“Ia memberi inspirasi yang amat tinggi untuk melihat usahawan yang ghairah dari seluruh dunia berkongsi idea perniagaan inovatif yang direka untuk menangani beberapa isu paling mendesak di dunia,” kata Wienke.

“Mencapai perniagaan runcit yang benar-benar mampan hanya dapat dilakukan dengan melakukan perkara secara berlainan.

“Kami mahu bekerjasam­a dengan pemikir kreatif seperti mereka dalam kelompok 10 Inovator Terkemuka pada tahun ini supaya kita dapat menggunaka­n pemikiran mereka yang inovatif untuk menambah baik kemampanan perniagaan kita dan pada waktu yang sama menyokong mereka untuk mengubah idea mereka yang berinovasi kepada perniagaan jangka panjang yang berdaya maju,” katanya.

Pemenang dalam setiap kategori menerima hadiah utama sebanyak AS$20,000 manakala dua naib juara daripada setiap kategori masing-masing menerima hadiah sebanyak AS$10,000.

Kesembilan pemenang menerima pakej anugerah, termasuk sokongan mentor oleh seorang pakar Shell, peluang untuk memanfaatk­an jaringan pasaran dan kemungkina­n untuk dipertimba­ngkan sebagai vendor bagi perniagaan runcit Shell.

40 hadiri Bengkel ‘Kuching Healthy City Getting to Zero HIV by 2020’

KUCHING: Seramai 40 orang yang melibatkan 15 agensi kerajaan persekutua­n dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghadiri Bengkel Semakan Semula Pelan Tindakan ‘Kuching Healthy City Getting to Zero HIV by 2020’ di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada 13 dan 14 November lalu. KABONG: Seramai 95 peserta dari kalangan penduduk tempatan mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Unit Bina Insan KEMAS Saratok di sini, baru-baru ini.

Kursus dikendalik­an penceramah jemputan khas Afendi Ismail dan Abang Saleh Abang Ahmad.

Bengkel berkenaan bertujuan melakukan semakan semula terhadap jawatankua­sa kerja agar tidak berlaku pertindana­n fungsi bagi setiap jabatan atau agensi yang terlibat.

Bengkel itu juga melakukan semakan aktiviti berhubung pelan tindakan setiap jawatankua­sa yang terlibat serta objektif utama projek diada-

Sepanjang kursus itu, peserta mendengar ceramah dan mengikuti cara-cara pengurusan jenazah dan melaksanak­an solat jenazah.

Program itu bertujuan memberi pengetahua­n kepada umat Islam mengenai pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardu kifayah. kan sebelum dimajukan kepada Jawatankua­sa Pemandu Peringkat Negeri.

Majlis Penangguha­n bengkel disempurna­kan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr Nordin Salleh.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen HIV/STI/Hep.C Dr Ruziana Miss.

Majlis penangguha­n kursus itu disempurna­kan oleh Pegawai KEMAS Daerah Saratok/Kabong Mohd Iqbal Abdullah.

Kursus yang diadakan di Masjid Assabirin merupakan kesinambun­gan kepada kursus seumpamany­a sebelum ini dan kali ini mendapat sambutan amat menggalakk­an.

 ??  ?? TAHNIAH: Wee (dua kiri) menerima replika cek daripada Wienke (kiri) serta juri lain selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Rangkaian Bekalan Runcit ‘Shell LiveWIRE 2018 Top Ten Innovators.’
TAHNIAH: Wee (dua kiri) menerima replika cek daripada Wienke (kiri) serta juri lain selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Rangkaian Bekalan Runcit ‘Shell LiveWIRE 2018 Top Ten Innovators.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia