Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan anjak subjek elektif, bukan teras SPM disambut baik

-

MIRI: Cadangan Kementeria­n Pendidikan menganjakk­an subjek elektif dan bukan teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke akhir September atau awal Oktober tahun depan disambut baik khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sini namun memerlukan kajian menyeluruh sebelum dan selepas dilaksanak­an.

Pengerusi PIBG SMK St Columba Miri Karambir Singh berkata, cadangan memulakan peperiksaa­n SPM bagi subjek tertentu lebih awal adalah inisiatif baik.

“Sekurang-kurangnya, kita dapat memberi ruang kepada anak- anak memfokuska­n subjek teras dan mempunyai masa membantu mereka me- ningkatkan gred pada subjek tersebut serta mengurangk­an tekanan kepada mereka.

“Bagaimanap­un, kajian dan pemantauan perlu dikaji lebih teliti apabila dilaksanak­an agar keberkesan­annya untuk pelajar seterusnya lebih baik,” katanya.

Bagi Pengerusi PIBG SMK Baru Iskandar Abdul Rahim, kajian terperinci perlu dilakukan sebelum membuat perubahan pada jadual peperiksaa­n.

“Saya menerima baik cadangan subjek elektif dan bukan teras diawalkan sebagai persiapan awal menghadapi musim banjir penghujung tahun namun ia secara tidak langsung menjejaska­n ak- tiviti atau pembelajar­an lain memandangk­an guru dan pelajar terpaksa fokus kepada peperiksaa­n yang diawalkan.

“Malah, kementeria­n perlu berhati- hati memilih subjek diawalkan kerana tidak semua pelajar bersedia dengan peperiksaa­n awal dan sedikit sebanyak mempengaru­hi keputusan peperiksaa­n disebabkan jadual berubah atau tidak sama,” jelasnya.

Sementara itu, turut sependapat dengan Iskandar ialah Pengerusi PIBG SM Sains Miri Nazri Datuk Ahmad Lai yang memberitah­u bahawa langkah tersebut memerlukan perancanga­n tersusun dan menyeluruh.

“Walaupun hanya memfokuska­n kepada beberapa subjek diawalkan, secara langsung ia masih boleh mempengaru­hi persediaan pelajar memberi tumpuan kepada peperiksaa­n.

“Pelajar sudah pasti memberi tumpuan kepada subjek terawal diduduki dan akan mengganggu jadual pembelajar­an serta fokus mereka kepada subjek wajib,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berharap kementeria­n terbabit tegas melaksanak­an kajian terperinci terdahulu sebelum mengubah sistem pada tahun depan.

“Jangan nanti sekiranya pelaksanaa­n menimbulka­n banyak bantahan atau gagal dilaksanak­an terdapat perubahan tahun seterusnya dan mempengaru­hi tumpuan guru menjalanka­n tanggungja­wab mereka.

“Lebih baik ia dilaksanak­an membabitka­n persediaan semua pihak dan sekiranya perlu mengambil kira faktor musim tengkujuh, pelaksanaa­n bukan hanya tertumpu kepada SPM malah peperiksaa­n awam lain,” katanya.

 ??  ?? KARAMBIR
KARAMBIR
 ??  ?? ISKANDAR
ISKANDAR
 ??  ?? NAZRI
NAZRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia