Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n bagaimanap­un tidak harus nafi peruntukan kewangan sewajarnya kepada Sarawak: Abdullah

-

KUCHING: Kerajaan negeri menguruska­n kewangan dan rizab secara cermat dan bijak yang boleh dibuktikan dengan memiliki rizab yang sihat.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang menambah, walaupun demikian, kerajaan persekutua­n tidak harus menafikan peruntukan kewangan sewajarnya kepada Sarawak sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab kerajaan persekutua­n.

“Kerajaan persekutua­n diterajui Pakatan Harapan (PH) boleh menggunaka­n pelbagai alasan tidak masuk akal untuk tidak menunaikan janji- janji mereka sewaktu pilihan raya.

“Tetapi rakyat Sarawak pasti lebih kecewa lagi jika kerajaan persekutua­n terusmener­us tidak mempedulik­an keperluan bagi jumlah peruntukan munasabah yang diperlukan dengan segera, terutamany­a bagi tujuan memperbaik­i sekolah usang dan menjalanka­n pembanguna­n luar bandar,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang meminta kerajaan negeri menggunaka­n RM34 bilion rizab Sarawak untuk menaik taraf sekolah daif di negeri ini.

Malah, Abdullah menegaskan, Belanjawan Sarawak yang merupakan paling besar diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu tidak menyentuh rizab tersebut.

“Tidak seperti andaian yang dibuat oleh ramai orang yang curiga, pendapatan negeri yang diunjurkan untuk tahun depan adalah memadai bagi menampung semua pembanguna­n yang dicadangka­n dan dirancang oleh kerajaan negeri GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya.

Beliau memberitah­u, pandangan Chong yang sempit dan pendek akal tentang penggunaan rizab kerajaan negeri harus menjadi peringatan kepada rakyat Sarawak bahawa wakil- wakil PH dari Sarawak terutamany­a mereka dalam kabinet persekutua­n adalah golongan yang tidak berani berbuat sesuatu apabila kepentinga­n Sarawak terjejas.

“Chong serta rakanrakan­nya dalam PH Sarawak seharusnya jangan membuang masa asyik mencari kesilapan kerajaan negeri yang jelas memperjuan­gkan kepentinga­n anak Sarawak, tetapi sepatutnya memberi tumpuan ke arah mempersoal­kan kenapa kerajaan persekutua­n yang ditadbir PH gagal memberi peruntukan sewajarnya kepada Sarawak,” ujarnya.

Dahulu Chong dan DAP Sarawak katanya, sentiasa melemparka­n tuduhan liar bahawa parti- parti memerintah Sarawak terutama sekali PBB dianggap sentiasa di bawah telunjuk UMNO.

“Bukti yang jelas ialah kita dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mempertaha­nkan agar UMNO tidak masuk Sarawak dan berani untuk keluar daripada BN.

“Tapi sebaliknya, terbukti jelas PH Sarawak adalah di bawah telunjuk serta kurang dihormati oleh tuan- tuan besar mereka dalam PH di Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

Malah, pemimpin tertinggi PH di Sarawak seperti Chong dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengakui mereka tidak dirujuk dalam merangka belanjawan negara, katanya lagi.

“Dan mereka jelas gagal kerana tidak dapat menghalang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) datang bertapak di Sarawak.

“Mungkin PH Sarawak buat- buat tidak tahu bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi PPBM kebanyakan mereka adalah bekas pemimpin UMNO, terutama sekali sekarang ini yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun semasa dalam UMNO,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia