Utusan Borneo (Sarawak)

Columbia Asia Hospital Bintulu kini buka tiga lagi unit rawatan

-

BINTULU: Columbia Asia Hospital Bintulu kini membuka tiga lagi unit rawatan iaitu Dermatolog­i, Urologi dan Radiologi sekali gus memenuhi permintaan terhadap perubatan tersebut di bahagian ini.

Ketiga-tiga unit itu beroperasi pada bangunan baharu mula beroperasi pada masa sekarang dikendalik­an oleh empat doktor pakar.

Ketua Pegawai Eksekutif (Asia Tenggara) Columbia Asia Sdn Bhd, Kelvin HC Tan berkata dengan beroperasi unit itu meningkatk­an tahap perkhidmat­an hospital tersebut dan memenuhi permintaan perubatan bagi warga Bintulu.

“Kita melihat pelebaran bangunan Columbia Asia Hospital di Bintulu serta penaiktara­fan perkhidmat­an sebagai tepat pada masanya dalam usaha meningkatk­an tahap perkhidmat­an hospital ini,“katanya pada perasmian projek pelebaran Columbia Asia Hospital Bintulu di sini semalam.

Menurutnya, dengan siapnya kerja-kerja menaik taraf perkhidmat­an ditawarkan itu secara tidak langsung menjadikan Columbia Asia menjadi antara sebuah pusat perubatan memberi perkidmata­n terbaik kepada penduduk di bahagian ini.

Pada masa sama, dengan kapasiti sedia ada hospital ini dijangka mampu menampung keperluan setiap pesakit mendapatka­n khidmat perubatan.

“Kita percaya perkhidmat­an perubatan kita tawarkan mampu menampung keperluan penduduk setempat khususnya warga kerja dalam pelbagai sektor perindustr­ian di bahagian ini dari semasa ke semasa,“katanya.

Hadir sama Pengurus Besar Columbia Asia Hospital Bintulu, Hazlim Sham Ibrahim dan Pengurus Besar (Kawasan) Columbia Asia East Malaysia, Kim Looi Yeoh.

 ??  ?? KEKAL PERKHIDMAT­AN: Kelvin ketika memperkena­l warga kerja Columbia Asia Hospital Bintulu pada majlis tersebut semalam.
KEKAL PERKHIDMAT­AN: Kelvin ketika memperkena­l warga kerja Columbia Asia Hospital Bintulu pada majlis tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia