Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g 100 peratus dari Sarawak sekadar satu muslihat politik: Chong

-

KUCHING: Seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi parti pembangkan­g yang 100 peratus dari Sarawak sekadar satu muslihat politik oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengalih perhatian daripada masalah dan isu politik di Sarawak, kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chien Jen.

Chong berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abang Johari pada Khamis lalu yang mencadangk­an agar hanya parti 100 peratus berasaskan Sarawak dibenarkan bergerak di negeri ini.

Beliau berkata, pandangan sedemikian sama dengan pandangan bahawa UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah untuk kawasan Melayu, MCA dan SUPP adalah untuk kaum Cina, MIC adalah untuk kaum India manakala PRS adalah untuk kaum Dayak.

“Sebenarnya, selama ini sehingga sekarang Sarawak diperintah oleh parti-parti yang 100 peratus dari Sarawak, namun Sarawak masih salah sebuah negeri yang paling mundur di Malaysia.

“Parti-parti ini telah membiarkan sumber minyak kita diserahkan kepada kerajaa n persekutua­n pada 1974 dan ekspoitasi selama bertahun- tahun seterusnya,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendakwa, parti-parti tersebut juga menyekat hak adil Bumiputera ke atas tanah sehingga menyebabka­n tanah hak adat bumiputera (NCR) diubah menjadi tanah kerajaan.

“Ia seterusnya memaksa puluhan ribuan penduduk asli yang tidak senang hati untuk membawa banyak kes NCR ke mahkamah.

“Malah, parti-parti yang 100 peratus dari Sarawak juga membiarkan banyak tanah di negeri ini dijual pada harga rendah di pasaran kepada syarikat-syarikat kroni tanpa mempedulik­an rakyat Sarawak,” katanya.

Menurutnya, parti-parti yang 100 peratus dari Sarawak juga bertanggun­g- jawab bagi jurang kekayaan yang luas antara golongan kaya dan golongan miskin di negeri ini selepas mentadbir Sarawak selama 55 tahun.

“Justeru, isu dan masalah sebenar rakyat Sarawak adalah urus tadbir kerajaan negeri dan bukannya kedudukan geografi manamana parti politik.

“Abang Johari yang tibatiba berminat untuk mewujudkan pandangan tentang parti-parti yang 100 peratus dari Sarawak, malah disebutnya dalam ucapan penggulung­an Belanjawan 2019 timbul daripada hakikat bahawa GPS sekarang bimbang mereka akan kehilangan kuasa di negeri ini.

“Maka, beliau berharap parti-parti yang 100 peratus dari Sarawak ini dapat memecahbel­ahkan sokongan pembangkan­g untuk mencerahka­n peluang GPS mencapai kemenangan,” katanya.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia