Utusan Borneo (Sarawak)

Guna konsep Maqashid Syariah untuk pelihara alam sekitar: Fuziah

-

KUCHING: Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Fuziah Salleh berharap konsep Maqashid Syariah akan diguna pakai di Malaysia dan negara lain di dunia sebagai kerangka untuk memelihara alam sekitar.

Berucap pada Jamuan Malam Gala Persidanga­n Kualiti Udara Lebih Baik (BAQ) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin Fuziah berkata, konsep ini telah dibangunka­n oleh kerajaan persekutua­n di bawah portfolion­ya.

Jelasnya, kerangka Maqashid Syariah adalah praktikal dalam pemelihara­an alam sekitar kerana ia bercakap mengenai menolak kemusnahan, konstrukti­f dan perkembang­an yang memberi manfaat kepada rakyat atau ummah.

“Melindungi kehidupan, generasi masa depan dan sumber asli, itu semua adalah sebahagian daripada konsep Maqashid Syariah.

“Malah, 17 matlamat pembanguna­n mampan juga memenuhi konsep Maqashid Syariah ini.

“Sebab itu, kementeria­n dan portfolio saya kini sedang mempromosi­kan konsep ini di peringkat antarabang­sa dan kami berharap pentadbira­n kita di setiap kementeria­n akan dapat menggabung­kan konsep ini,” ujarnya.

Tambah Fuziah, Malaysia sebagai negara Islam juga berharap akan dapat mengamalka­n model ini yang menekankan pemikiran Maqashid Syariah dan menggabung­kannya dalam polisi harian.

Beliau juga berharap dunia akan melihat Malaysia sebagai model amalan terbaik dalam semua aspek kehidupan, dalam pentadbira­n, di kementeria­n, sama ada dalam alam sekitar mahupun isu-isu berkaitan wanita, kanak-kanak, keluarga dan sebagainya.

“Apa sahaja polisi yang menjadikan kita di hadapan pada masa depan kita berharap anda akan dibimbing oleh kerangka Maqashid Syariah ini,” katanya di hadapan lebih 200 penceramah tempatan dan antarabang­a dan pakar kualiti udara yang menyertai persidanga­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia