Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didakwa membunuh kerani

-

KUANTAN: Seorang penganggur semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian Pahang, awal bulan ini.

Hasnan Wahab, 35, dari Taman Sungai Karang memberitah­u Majistret Nor Azizah Aling bahawa dia memahami pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan memandang ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hasnan dituduh membunuh M. Shuhairi A.Wahab, 35, di sebuah rumah di Perumahan Pandan Indah di sini antara jam 12 tengah hari dan 5.50 petang 2 Nov.

Dia ditangkap pada 3 November.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalalan.

Nor Azizah menetapkan 14 Dis sebagai tarikh sebutan untuk laporan forensik dan bedah siasat dan beliau tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin.

Pada 3 Nov, media melaporkan mayat M. Shuhairi dijumpai dalam sebuah bilik tidur di rumah itu. Mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum biliknya dibakar.

Mayat mangsa dijumpai pasukan bomba yang tiba untuk memadamkan kebakaran, yang turut menjumpai longgokan pakaian terbakar di atas badan mayat.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan turut mendedahka­n bahawa selain kesan terbakar, terdapat juga kesan kecederaan di kepala dan badan yang dipercayai disebabkan benda tumpul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia