Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan saman Najib dan isteri berhubung cukai hasil LHDN

-

KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, J.R. Deepak Jaikishan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta seorang lagi kerana mendakwa pasangan suami isteri itu bertanggun­gjawab membayar cukai hasil dikenakan ke atas syarikatny­a ketika ahli perniagaan itu menjadi ejen dan proksi kepada mereka.

Kesemua plaintif -- Deepak, Carpet Raya Sdn Bhd dan adiknya, J. Rajesh, yang juga pengarah syarikat berkenaan memfailkan saman itu kelmarin menerusi Tetuan David Gurupatham & Koay dengan menamakan pasangan suami isteri tersebut dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Deepak mendakwa antara 2004 hingga 2010, beliau dan syarikat itu telah bertindak sebagai ejen dan proksi kepada Najib dan Rosmah di dalam transaksi penjualan dan pembelian tanah serta perniagaan di bawah arahan pasangan suami isteri berkenaan yang transaksi tersebut memberi manfaat dan keuntungan kepada Najib dan Rosmah.

Dakwa Deepak, defendan ketiga (Abdul Azeez) pula telah menjadi ejen kepada Najib dan Rosmah bagi melaksanak­an transaksi berkenaan dan menjadi orang perantaraa­n antara pasangan suami isteri itu dengan plaintif kedua iaitu Carpet Raya.

N a m u n , D e e p a k mendakwa, akibat daripada transaksi berkenaan, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menghantar surat bertarikh 2 Mac 2018 kepadanya supaya menyelesai­kan tunggakan cukai syarikat Carpet Raya dan cukai individuny­a berjumlah lebih RM6 juta, tidak termasuk kenaikan cukai penalti dan faedah.

Plaintif mendakwa mereka juga dikehendak­i membayar tunggakan cukai itu secara ansuran selama 24 bulan bermula Januari 2018 sehingga Disember 2019 selaras dengan keputusan yang diberi oleh Kementeria­n Kewangan melalui surat bertarikh 21 Sept 2017.

Dakwa Deepak, perkara itu berlaku selepas hubungan antara beliau dengan pasangan suami isteri itu menjadi tegang sekitar tahun 2012 berikutan keengganan­nya untuk mengikut arahan Najib dan Rosmah dalam satu kes saman sivil membabitka­n penyiasat persendiri­an, P. Balasubram­aniam dan Abdul Azeez juga mempunyai pengetahua­n mengenai perkara berkenaan.

K e s e m u a p l a i n t i f mendakwa Najib dan Rosmah juga mengarahka­n tindakan guaman diambil oleh LHDN terhadap syarikat Carpet Raya dan satu Petisyen Penggulung­an difailkan terhadap syarikat itu pada 22 Mac 2017 oleh LHDN dan petisyen berkenaan telah disiarkan di dalam surat khabar.

Plaintif mendakwa akibat petisyen penggulung­an itu, perniagaan dan reputasi kesemua plaintif terjejas dan Deepak turut dilarang keluar negeri selain mendakwa kemudahan urusan perniagaan mereka telah ditarik balik oleh Maybank dan kontrak syarikat itu bersama IKEA telah dibatalkan.

Sehubungan itu, kesemua plaintif menuntut pengisytih­aran mahkamah bahawa Najib dan Rosmah adalah pihak bertanggun­gjawab untuk membayar tunggakan cukai yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan.

Turut dituntut ganti rugi berjumlah RM500,000 yang telah dibayar kepada Maybank, ganti rugi berjumlah RM47 juta untuk ketidakupa­yaan syarikat itu dalam memenuhi kewajipan kontrak dan jualan, ganti rugi RM74 juta untuk pembatalan kontrak syarikat berkenaan bersama IKEA, ganti rugi berjumlah RM200 juta atas dakwaan memfitnah dan ganti rugi RM37 juta akibat kerugian disebabkan salah laku oleh Najib.

Plaintif juga menuntut ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM100 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia