Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak pemandu Grab, tiga rakan didakwa

-

KUALA LUMPUR: Tiga rakan termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n menggunaka­n sebilah pisau terhadap seorang pemandu servis Grab menyebabka­n kerugian RM2,710.

Mohammed Azlan Shah Zamri, 24, Dicky Zulkarnain Eddy Sanjaya, 23 dan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah melakukan rompak berkumpula­n terhadap Mok Jun Yue, 21, dan merampas beberapa keping kad bank, sebuah telefon bimbit jenama iPhone, kad akses rumah dan kad pengenalan milik lelaki itu dengan menggunaka­n sebilah pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Jujur 1/6, Taman Bakti, Ampang, di sini, pada 4 pagi, 20 Sept lalu mengiku Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin selain dua daripada tertuduh tidak mempunyai kad pengenalan.

“Jaminan juga tidak ditawarkan kerana khuatir mereka akan mengganggu mangsa dalam kes ini,” katanya.

Mahkamah tidak membenarka­n ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin dan menetapkan 20 Dis untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia