Utusan Borneo (Sarawak)

Rotan murid enggan solat, ustaz dipenjara enam bulan, denda RM2,000

-

KAJANG: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda maksimum RM2,000 terhadap seorang ustaz selepas dia didapati bersalah mencederak­an kaki muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunaka­n rotan kerana murid lelaki itu enggan menunaikan solat.

Muhammad Adib Abd Halim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Afidah Idris setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dia yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula semalam (tarikh jatuh hukum). Tuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Muhammad Adib bagi penggantun­gan pelaksanaa­n hukuman penjara sementara memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi, namun memerintah­kan tertuduh membayar denda itu serta-merta atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda, Muhamad Adib bagaimanap­un membayar denda tersebut.

Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n.

Muhammad Adib, yang berdiri di luar kandang tertuduh berpakaian baju Melayu hijau dan berkopiah putih, bagaimanap­un kelihatan tenang ke- tika hukuman dijatuhkan.

Pada 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja telah menyebabka­n kecederaan ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, di sini, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Terdahulu, Khairul Amin merayu supaya anak guamnya hanya diberikan perintah bon berkelakua­n baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, mengambil kira Muhammad Adib merupakan pesalah muda yang kali pertama dihadapkan ke mahkamah selain dia baharu sahaja mendirikan rumah tangga Mei lepas dan perlu menyara isterinya selain tiada rekod kesalahan lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia