Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi tahan suspek disyaki terlibat pengganas dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, PDRM

-

KUALA LUMPUR: Seorang warga Filipina yang terlibat memenggal kepala tebusan Kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara seorang warga tempatan dan tujuh warga Filipina yang ditahan polis di Sabah dan Putrajaya dalam beberapa serbuan antara 30 Okober dan 12 November lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata operasi menahan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki tempatan yang bekerja sebagai ejen menjual jongkong emas berusia 38 tahun di Pu-

Suspek terlibat dalam menyalurka­n dana kepada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria) pada 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan.

trajaya pada 30 Oktober.

“Suspek terlibat dalam menyalurka­n dana kepada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria) pada 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan,” katanya.

Tangkapan kedua pada 1 November di Tenom, Sabah melibatkan tiga suspek warga Filipina berusia 27, 34 dan 51 tahun yang bekerja sebagai buruh.

“Mereka menganggot­ai Kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam kegiatan kidnapping for ransom (KFR) ( penculikan untuk wang tebusan) di selatan Filipina dan Sabah,” kata Mohamad Fuzi sambil menambah suspek yang berusia 34 tahun itu mempunyai kemahiran menghasilk­an senjata api bagi kegunaan kumpulan berkenaan.

Tangkapan seterusnya dilakukan di Ranau, Sabah pada 8 Nov melibatkan dua lagi warga Filipina berusia 35 dan 46 tahun yang masing-masing bekerja sebagai buruh dan juruteknik.

“Suspek berusia 35 tahun berperanan merekrut kanak-kanak untuk menyertai Kumpulan Abu Sayyaf dan dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina.

“Beliau juga terlibat dalam memenggal kepala tebusan kumpulan itu. Semasa ditangkap, kedua–dua suspek sedang merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina bagi mengelak di- tangkap pihak berkuasa Malaysia,” kata Mohamad Fuzi.

Ketua Polis Negara berkata serbuan keempat pada 10 Nov lepas di Kinarut, Sabah menyaksika­n penahanan seorang tukang besi warga Filipina berusia 30 tahun, yang merupakan komander Kumpulan Abu Sayyaf yang juga orang kanan kepada Furuji Indama, pemimpin kanan kumpulan berkenaan.

Operasi kelima dan terakhir menghasilk­an penangkapa­n seorang peniaga pasar malam warga Filipina berusia 60 tahun di Tenom, Sabah pada 12 November.

Suspek terlibat melindungi seorang suspek yang ditangkap pada 8 Nov semasa cuba melarikan diri daripada buruan polis.

Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n ( LangkahLan­gkah Khas) 2012 (Akta 747). — Bernama

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? SUSPEK PENGGANAS: Salah seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas ditahan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas menerusi operasi di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUSPEK PENGGANAS: Salah seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas ditahan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas menerusi operasi di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia