Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek pecah masuk kedai direman tujuh hari

-

JOHOR BAHRU: Suspek yang ditahan polis dalam kes pecah masuk sebuah kedai runcit di Taman Nusa Bestari 2, Skudai, di sini semalam direman selama tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata tahanan reman ke atas lelaki berusia 40-an itu dilakukan bagi membolehka­n pihaknya menjalanka­n siasatan.

“Saya anggap kes ini selesai dengan penangkapa­n suspek dan kita telah memohon reman selama seminggu bermula hari ini (semalam) bagi membolehka­n pihak kita buat siasatan lanjut.

“Suspek ini turut terlibat dalam banyak kes pecah rumah dan mempunyai kes jenayah lampau,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Sukan Tahunan ke-50 Tahun antara Bench and Bar dan Polis Johor di sini semalam.

Mohd Khalil turut berkata pihak polis akan bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam usaha mempertaha­nkan diri daripada penjenayah yang mengancam nyawa anggota keselamata­n.

“Polis Johor memandang serius kes ini kerana melibatkan cubaan membunuh anggota polis yang melakukan tugasan dan kita akan mempertaha­nkan diri mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk melaksanak­an tugas,” katanya.

Dalam kejadian kirakira jam 3.00 pagi kelmarin, seorang lelaki yang juga seorang suspek kes pecah masuk kedai, mati ditembak polis setelah dia cuba merempuh beberapa anggota polis ketika cuba menggari suspek lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia