Utusan Borneo (Sarawak)

Lori terbabas, empat tong asid nitrik tumpah di atas jalan raya

-

PORT DICKSON: Sebuah lori yang membawa muatan enam tong asid nitrik terbabas menyebabka­n empat tong bahan kimia itu terjatuh dan bocor serta tumpah di atas jalan raya dalam kemalangan di Jalan Bukit Pelandok-Tanah Merah dekat sini, tengah hari semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata insiden berlaku apabila pemandu lori yang sedang dalam perjalanan­menghalake­arahPort Dickson pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, dikatakan gagal mengawal kenderaann­ya di satu selekoh sebelum ia terbabas.

Bagaimanap­un, katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson serta pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n kejadian itu pada 12.25 tengah hari.

“Pemeriksaa­n mendapati bahan kimia yang dibawa lori berkenaan tumpah di atas jalan rayadankit­asedangkaw­alsupaya tumpahan bahan kimia itu tidak masukkedal­amlongkang. Seterusnya kerja-kerja pembersiha­n di lokasi kejadian sedang giat dijalankan­olehanggot­aHAZMAT dengan bantuan anggota BBP Port Dickson,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Norazam berkata pihaknya memerlukan tempoh masa yang lama bagi memastikan kawasan tumpahan itu bebas dan selamat daripada bahan kimia berkenaan.

“Kita juga sedang menunggu pihak syarikat berkaitan untuk turut membantu membersihk­an tumpahan itu. Selain itu, kita juga sedang menunggu ketibaan Jabatan Alam Sekitar di lokasi untuk tindakan selanjutny­a,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia