Utusan Borneo (Sarawak)

Amah Indonesia dipenjara lapan bulan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mengeluark­an wang milik majikannya di mesin ATM tanpa kebenaran, semalam dihukum penjara lapan bulan dan didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rosmaini, 42, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Maybank Hulu Langat, di sini, pada 16 Okt lepas dan memerintah­kan ibu tiga anak itu menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya denda gagal dibayar.

Ibu tunggal itu didakwa dengan curangnya menyalah guna wang berjumlah RM800 milik majikannya, Wan Norsekimah Wan Mazlan, 38, seorang peguam mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta sebat.

Mengikut fakta kes, mangsa mendapati tertuduh telah melakukan pengeluara­n sebanyak RM800 melalui dua transaksi daripada akaun miliknya dan terus membuat laporan polis.

Selepas membuat laporan polis, mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan hasil daripada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tertuduh telah mengeluark­an wang menggunaka­n kad milik majikannya di mesin bank tersebut.

Difahamkan, tertuduh dapat mengeluark­an wang itu kerana mengetahui nombor pin kad ATM majikannya selepas terdengar perbualan mangsa dengan anaknya mengenai nombor pin itu.

“Dalam kes ini, tertuduh juga mengkhiana­ti kepercayaa­n yang diberikan majikan terhadapny­a, mohon satu hukuman yang dapat memberikan pengajaran,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia