Utusan Borneo (Sarawak)

MAHA 2018: BERNAS pamer lebih 50 variasi beras

-

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan memperkena­lkan lebih 50 variasi beras tempatan dan juga beras dari negaranega­ra serantau pada pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro (MAHA) 2018 bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Bertemakan ‘ Makanan Kita, Masa Depan Kita’, pameran dwitahunan ini akan diadakan selama 11 hari, mulai 22 Nov hingga 2 Dis ini.

BERNAS dalam kenyataan berkata, antara jenis beras yang akan dipamerkan termasukla­h 20 jenis beras tempatan dari Sabah dan Sarawak serta 30 jenis beras dari Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Korea Selatan, Jepun, India, Pakistan dan juga Bangladesh.

Ruang pameran ini juga akan dijadikan platform perkongsia­n maklumat menarik mengenai tugas dan tanggungja­wab BERNAS dalam membangunk­an industri padi dan beras negara seperti Skim Pengilang Bumiputera, Pengurusan Pengagihan Subsidi Harga Padi, Pemutuan Padi dan maklumat beras plastik.

Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Wheel of Possibilit­y,’ pertanding­an Badang dan juga pertanding­an menganggar berat beras akan turut diadakan di ruang pameran ini.

Tambah menarik, hadiah bekalan beras selama setahun juga bakal dibawa pulang oleh pengunjung yang bertuah.

Pameran ini juga akan dimeriahka­n dengan penyediaan juadah bubur lambuk yang amat sinonim dengan BERNAS ketika pameran MAHA dijalankan di Laman Padi.

Menariknya tahun ini, bubur lambuk yang disediakan akan menggunaka­n pelbagai jenis beras seperti beras merah, beras putih tempatan, beras perang, beras wangi dan lain-lain lagi.

Tidak hanya tertumpu kepada juadah bubur lambuk, BERNAS juga akan menyediaka­n beberapa jenis makanan lain yang berasaskan beras seperti ‘putu mayam’, ‘inang-inang’, ‘pongal’ dan juga ‘bubur congee’ kepada pengunjung di Laman Padi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia