Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka telah bekerja di kilang kayu getah itu sejak satu hingga lima tahun, tidak dibayar gaji pokok

-

BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menyelamat­kan 11 lelaki pekerja asing yang dianiaya majikan mereka dengan dibayar gaji murah tanpa sebarang kemudahan lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada enam lelaki Bangladesh dan lima Myanmar berusia 25 hingga 40 tahun itu diselamatk­an dalam serbuan polis di sebuah kilang di Ara Kuda di sini pada jam 4.30 petang kelmarin.

“Dalam serbuan itu polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 21 tahun dipercayai majikan mereka yang telah mengeksplo­itasi pekerja warga as- ing di kilang berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n mendapati semua pekerja asing itu telah bekerja di kilang kayu getah itu sejak satu hingga lima tahun dan tidak dibayar gaji pokok serta hanya menerima upah memotong kayu getah sebanyak RM35 hingga RM45 bagi setiap tan kayu yang dipotong.

Mereka juga hanya diberi rehat satu hari setiap minggu dan tidak diberikan penginapan yang sesuai sebaliknya hanya tinggal di pondok buruk di tepi kilang yang dibuat daripada bahan terpakai.

Nik Ros Azhan berkata selain itu, pekerja asing berk- enaan hanya diberi ubatan dari kedai runcit jika sakit dan mereka juga didapati tiada perlindung­an insurans walaupun pekerjaan berisiko tinggi kerana melibatkan mesin pemotong kayu.

“Kesemua mangsa tidak menyedari bahawa upah yang diterima murah dan hak sebagai pekerja tidak diberikan malah mereka terpaksa bertahan untuk bekerja di kilang berkenaan memandangk­an mangsa tiada dokumen serta permit kerja yang sah,” katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati semua pekerja asing itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan kilang berkenaan dan wang gaji mereka akan ditolak jika ingkar arahan majikan di situ.

Pemilik kilang itu dipercayai mengaut keuntungan ribuan ringgit kerana gaji sepatutnya yang dibayar ialah bagi setiap tan kayu getah yang dipotong antara RM60 hingga RM100 dan sehari seorang pekerja boleh memotong sehingga satu tan kayu, katanya.

Beliau berkata semua pekerja asing itu dihantar ke Jabatan Imigresen untuk didokument­asi manakala tiga lelaki tempatan berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan. — Bernama

Kesemua mangsa tidak menyedari bahawa upah yang diterima murah dan hak sebagai pekerja tidak diberikan malah mereka terpaksa bertahan untuk bekerja di kilang berkenaan memandangk­an mangsa tiada dokumen serta permit kerja

sah.” yang ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia