Utusan Borneo (Sarawak)

Tanamkan sikap toleransi yang tinggi untuk keharmonia­n hidup

-

KUALA LUMPUR: Sikap toleransi yang tinggi adalah kekuatan sebenar untuk kehidupan yang harmoni terutama ketika negara sedang menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang melibatkan kaum dan agama, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Farid Md Rafik,

Justeru, beliau berkata generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang baik kerana toleransi bukan sahaja akan membawa kepada kekuatan dalam hubungan antara kaum, agama dan latar belakang sosial, tetapi juga dapat mempromosi­kan kehidupan yang harmoni di Malaysia.

“Budaya toleransi yang telah ditanam dalam percampura­n serta pergaulan ber- sama menjana hubungan baik bukan sekadar membentuk persahabat­an tetapi ini juga menggalakk­an hubungan persaudara­an antara semua agama dan etnik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Toleransi Antarabang­sa 2018 di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN), Datuk Baharin Idris dan Wakil Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Stefan Priesner.

Dr Md Farid menambah Artikel 11 Perlembaga­an Malaysia telah lama berfungsi sebagai nadi perpaduan dan keharmonia­n kaum di Malaysia.

“Kesinambun­gan harmoni ini jelas kelihatan dalam gaya hidup baru generasi muda Malaysia.

Walaupun mereka berasal dari latar belakang sosial, agama dan etnik yang berbeza, namun mereka dapat bersama- sama dan benarbenar menikmati cara hidup Malaysia.

“Perpaduan seperti ini yang mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan mencari titik persamaan tanpa mengurangi rasa hormat diri seseorang, menunjukka­n evolusi kita sebagai sebuah negara kerana toleransi dan kesederhan­aan tidak dapat dipisahkan,” katanya.

Sementara itu, Baharin menyifatka­n program sebegini mampu menjadi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai pentingnya toleransi antara kaum dan agama di negara ini.

“Terutama di pusat-pusat pengajian tinggi kerana di situ pelbagai kaum, bangsa dan agama ‘ berhimpun’? Sudah tentu perpaduan dan toleransi menjadi kekuatan kepada pusat pengajian tersebut dan seterusnya negara,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MD FARID
MD FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia