Utusan Borneo (Sarawak)

Perwakilan wanita PKR cadang had umur kahwin 20 tahun

-

SHAH ALAM: Seorang perwakilan di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2018 mahu kerajaan membuat pindaan terhadap had umur perkahwina­n kepada 20 tahun ke atas bagi membantera­s perkahwina­n kanak-kanak.

Pembahas Selangor, Ermeemaria­nna Saadon, 41, berkata wanita di usia muda sepatutnya melanjutka­n pelajaran ke menara gading dan bukan mengendong anak.

“Ia juga kerana bimbang kesihatan ibu muda untuk mengandung, sekiranya ibu ini mengandung di usia muda mereka (dibimbangi) tidak boleh menampung kesihatan mereka,” katanya ketika membahaska­n isu perkahwina­n kanak-kanak di kongres berkenaan di sini semalam.

Tambah Ermeemaria­nna, menurut angka yang dikeluarka­n oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri terdapat seramai 1,845 wanita dibawah umur 18 tahun melangsung­kan perkahwina­n di negara ini.

“Ia melibatkan seramai 968 orang wanita bukan Islam 877 wanita Islam,” katanya.

Isu perkahwina­n kanakkanak menjadi perhatian selepas seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanakkanak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini, mencetuska­n persoalan apabila ia disifatkan bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan komited untuk menaikkan had umur perkahwina­n daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Sementara itu, seorang perwakilan dari Melaka pula berkata perbuatan menyekat daripada bekerja dan menyimpan wang keperluan masa depan merupakan keganasan terhadap wanita.

Elizah Asuan Kailani, berkata ramai wanita hari ini tidak menyedari sekatan sebegitu walaupun tidak menyebabka­n keganasan fizikal boleh menyebabka­n gangguan emosi.

“Kita hanya melihat jika wanita dikasari oleh bekas teman lelaki atau bekas suami ia hanya menyebabka­n lebam di muka, tetapi dikongkong oleh pasangan contohnya tidak boleh bekerja atau menyimpan untuk masa depan juga termasuk dalam kategori keganasan rumah tangga,” katanya.

Elizah berkata gangguan emosi melalui kata-kata atau ayat yang menghina sehingga menyebabka­n moral seseorang wanita jatuh juga merupakan keganasan kepada golongan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia