Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim membuat keputusan selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisye­n Dr S. Streram

-

SEREMBAN: Mahkamah Khas Pilihan Raya semalam memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisye­n Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsun­g selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraa­n.

Azimah dalam penghakima­nnya berkata tidak wujud sebarang undang- undang pilihan raya yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukak­an borang pencalonan.

“Ini diakui peguam responden kedua dan ketiga dalam hujahan bertulisny­a.

“Dengan itu, mahkamah membenarka­n pempetisye­n memfailkan petisyen seperti berikut, Mohamad tidak dipilih sebagai ADUN Rantau dan pemilihann­ya tidak sah atau batal.

“Mahkamah memerintah­kan satu pilihan raya kecil untuk kawasan DUN Rantau diadakan serta-merta,” katanya.

Dalam penghakima­n setebal 77 muka surat, Azimah berkata sekiranya pem- petisyen dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau untuk menyerahka­n kertas pencalonan­nya dan melalui proses undang-undang, kelayakan bertanding dipertimba­ngkan dan sekiranya pempetisye­n tidak mempunyai kelayakan atas sebarang alasan, adalah menjadi kewajipan pegawai pengurus pilihan raya untuk menolaknya.

“Tetapi ini tidak berlaku...andaikan pula kertas penamaan calon pempetisye­n diterima dan pempetisye­n menjadi calon dan menang dalam pilihan raya dan terpilih sebagai ADUN Rantau, maka mana-mana pihak yang ditetapkan di bawah Seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bolehlah memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan itu atas ketiadaan kelayakan,” katanya.

Beliau berkata isu kelayakan Dr Streram yang dibangkitk­an Mohamad selaku responden pertama adalah tidak relevan di dalam petisyen berkenaan untuk menafikan cabaran yang dibangkitk­an pakar bius itu dengan fakta yang tidak dipertikai­kan dan keterangan mantap berhubung halangan kemasukan pempetisye­n dalam Dewan Seri Rembau.

“Keterangan di mahkamah juga mendapati pempetisye­n sebenarnya bukan sahaja tidak dapat memasuki Dewan

Dengan itu, mahkamah membenarka­n pempetisye­n memfailkan petisyen seperti berikut, Mohamad tidak dipilih sebagai ADUN Rantau dan pemilihann­ya tidak sah atau batal.

Seri Rembau bahkan telah dihalang dengan begitu ketatnya dalam kawasan larangan 50 meter daripada memasuki Dewan Seri Rembau untuk mengemukak­an borang pencalonan­nya,” katanya.

Azimah berkata tindakan menghalang pempetisye­n memasuki pusat penamaan calon adalah tindakan di luar undang- undang dan tidak munasabah.

“Perlakuan ini jelas bertentang­an dengan undangunda­ng pilihan raya yakni mengadakan sesuatu kehendak atau keperluan walhal tiada mana- mana undang- undang atau peraturan bertulis berhubung perjalanan pilihan raya menghendak­i yang sedemikian rupa,” katanya.

Beliau berkata halangan pempetisye­n memasuki Dewan Seri Rembau untuk menyerahka­n borang penamaan merupakan satu penafian hak terhadap seorang yang berkelayak­an menjadi calon bertanding pada PRU14.

“Hak menjadi calon dan hak mengundi juga adalah hak perlembaga­an. Ia juga melibatkan hak setiap pengundi DUN Rantau diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat mereka. Apabila pempetisye­n telah dihalang daripada menyerahka­n borangnya, pengundi- pengundi telah dinafikan hak mereka untuk memilih atau mengundi calon mereka. Keadaan ini bercanggah dengan amalan demokrasi.

“Apabila responden pertama diisytihar­kan menang tanpa bertanding dan dilapor dipilih walhal seorang lagi calon yang berhasrat bertanding atas ketidakpat­uhan undang-undang bertulis sudah semestinya ketidakpat­uhan peruntukan undang-undang menyebabka­n pilihan raya bagi DUN Rantau tiada pertanding­an.

“Sekiranya pempetisye­n dibenarkan masuk dan ber- tanding, pastinya responden pertama tidak diisytihar­kan menang tanpa bertanding kerana terdapatny­a pertanding­an seorang lagi calon yang boleh diundi dan dipilih oleh pengundi-pengundi,” katanya.

Azimah juga berkata kenyataan yang diberikan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Daing Muhamad Rahimi ketika prosiding berlangsun­g sebelum ini adalah sangsi dan meragukan.

“Mahkamah ini berpandang­an bahawa, sepanjang memberi keterangan sebagai saksi Encik Daing sebahagian besar telah berbohong. Mahkamah berkata demikian kerana beliau memberi keterangan yang tidak munasabah dan tidak dapat diterima akal malahan mahkamah ini telah beberapa kali memberi amaran dan teguran kepada Encik Daing supaya bercakap benar.

“Responden kedua juga sebagai saksi, kebenaran keterangan­nya adalah disangsi dan diragukan. Mahkamah ini juga berpendapa­t sepanjang memberi keterangan responden kedua tidak bercakap benar dan sebahagian besarnya beliau telah berbohong untuk melindungi dirinya,” katanya.

Azimah berkata mahkamah juga mendapati responden kedua dan responden ketiga cuai dalam menjalanka­n tugas rasmi.

Mohamad yang juga Tim- balan Presiden UMNO menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram yang juga pakar bius memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandang­nya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyenny­a, beliau menamakan Mohamad yang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai responden pertama; Amino Agus pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, sebagai reponden kedua; dan SPR responden ketiga.

Dr Streram yang didakwa gagal menunjukka­n pas calon ketika hendak mendaftar sebagai calon kawasan itu di Rembau, mendakwa SPR telah gagal memberitah­unya semasa mengambil borang pencalonan dan membayar deposit untuk mengambil tag nama atau pas masuk ke dalam dewan pencalonan pada hari pencalonan.

Mohamad diwakili lima peguam diketuai oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun, manakala Dr Streram diwakili empat peguam diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla. — Bernama

Datuk Azimah Omar Hakim Mahkamah Khas Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Rantau.

Perkara tersebut dinyatakan oleh president parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di akaun Twitter beliau.

Ia susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya semalam bahawa kemenangan Mohamad di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Ahmad Zahid menyifatka­n keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu sudah dijangkaka­n dan jentera parti akan digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi PKR tersebut.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr S. Streram memfailkan petisyen pada 23 lalu bagi mencabar kemenangan Mohammad.

Mohamad, yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lalu kerana tidak memiliki pas yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia