Utusan Borneo (Sarawak)

Haniza Mohamed Talha Ketua Wanita PKR baharu, Dr Daroyah Alwi timbalan, kata Setiausaha JPP

-

SHAH ALAM: Haniza Mohamed Talha diumum Ketua Wanita PKR bagi sesi 20182021 selepas menewaskan pencabarny­a, Fuziah Salleh.

Kemenangan Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu diumum Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan Parti ( JPP), Ismail Yusop pada Kongres Nasional Wanita PKR 2018 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, semalam.

Sementara itu, ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi diumum sebagai Timbalan Ketua Wanita, manakala Faizah Ariffin, Sangeetha Jayakumar dan Wasanthee Sinnasamy sebagai Naib Ketua Wanita.

Kongres bertemakan ‘Wanita Muafakat Terus Mara’ yang bermula semalam disertai seramai lebih 1,000 perwakilan termasuk pemerhati daripada cabang seluruh negara.

Turut diumum 20 anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Wanita iaitu Catherine Jok Uvang, Ginie Lim Siew Lin, Hasmoni Tamby, Juwairiya Zulkifli, Kavitha Chandrages­en, Loo Voon May, Mahani Abdul Moin, Manja Maydin, Meera Deevarajoo, Monaliza Mokhtar, Napsiah Khamis, Nor Ashidah Ibrahim, Nurainie Haziqah Shafi’i, Nursiah Ismail, Nurul Hajar Mardhiah, Raiyan Abdul Rahim, Sarimah Lisut, Shoba Selvarajoo, Thila- gavanthy Selvanatha­n dan Zulhaidah Suboh.

Sementara itu, dalam sidang media, Haniza berkata beliau akan memanggil semua anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Wanita yang baharu dilantik itu untuk berbincang tentang pelan tindakan seterusnya sayap parti itu.

“Dalam majlis kepimpinan baharu ini, ramai juga menampilka­n muka- muka baharu merentasi negeri sehingga ke Sabah selain wakil rakyat serta exco kerajaan negeri. Saya meletakkan harapan yang tinggi pada ‘pasukan’ ini dengan adanya muka baharu yang pastinya akan bawa idea-idea baharu.

“Saya juga akan bertemu semua ketua-ketua cabang wanita baharu untuk pemilihan calon Ketua Wanita Negeri dan melaksanak­an ‘retreat’ untuk merangka pelan jangka panjang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia