Utusan Borneo (Sarawak)

Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA

-

KUALA LUMPUR: Parti MCA mengumumka­n pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai setiausaha agungnya yang baharu, wanita pertama menjawat jawatan itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengumumka­n dan memperkena­lkan individu-individu yang memegang jawatan dalam jawatankua­sa pusat parti di mana 60 peratus daripadany­a adalah muka baharu.

Ini termasukla­h Nicole Wong Siaw Ting wanita pertama menjadi Pengerusi Pemuda dan tujuh orang yang lain yang dilantik sebagai pengerusi jawatankua­sa perhubunga­n negeri.

“Ini adalah bagi memberi peluang kepada pemuda dan wanita mentadbir parti dan membentuk pemimpin pelapis serta sebagai pembaharua­n kepada parti.

“Walau bagaimanap­un saya akan memberi masa setahun kepada ahli jawatankua­sa pusat dan ahli jawatankua­sa kecil untuk menunjukka­n prestasi yang baik,” katanya semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n Negeri yang termuda yang diumumkan ialah Chew Sir Boon dari Terengganu berusia 27 tahun.

Mesyuarat berkenaan adalah mesyuarat jawatankua­sa pusat MCA yang pertama se- lepas mengadakan pemilihan pada 4 November.

Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata sasaran partinya itu selepas ini adalah untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Sebabitula­hkami‘melabur’ pada pemimpin muda kerana ia adalah persediaan bagi pilihan raya akan datang,” katanya.

Antara jawatan yang diumumkan selepas mesyuarat berkenaan ialah Pengerusi Wanita Datuk Heng Seai Kie, Bendahari Agung Datuk Lee Chee Leong dan Setiausaha Pengurusan Kebangsaan Ling Tian Soon. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia