Utusan Borneo (Sarawak)

Pulau Pinang cadang bina lapangan terbang antarabang­sa koridor utara

-

GEORGE TOWN: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam diberitahu kerajaan negeri bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabang­sa yang baharu bagi menampung keperluan lapangan terbang di negeri ini selepas 2050.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Koridor Utara itu akan dibina di atas tanah tebus guna di Batu Maung berdekatan Pulau Rimau, dalam lokaliti yang sama dengan lapangan terbang sedia ada.

“Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang sahaja.

“Keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang baharu ini begitu kritikal dan bertujuan menjaga kepentinga­n Pulau Pinang sebagai pintu masuk utama pengangkut­an udara bagi wilayah utara Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembanguna­n 2019 pada persidanga­n DUN Pulau Pinang, di sini.

Beliau berkata walaupun semua infrastruk­tur dan jaringan jalan raya untuk pembinaan lapangan terbang baharu itu telah tersedia, cadangan itu masih dalam peringkat perancanga­n dan perlu melalui pelbagai proses seperti kajian kebolehlak­sanaan, kelulusan daripada Majlis Perancanga­n Fizikal Negara untuk tebus guna laut, kelulusan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan sumber pembiayaan projek.

Sebelum ini dilaporkan LTAPP yang direka untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun merekodkan pengendali­an 7.2 juta penumpang tahun lepas.

Kerajaan negeri menjangkak­an jumlah pengguna LTAPP akan meningkat ke 7.8 juta tahun ini dengan keperluan menaik taraf lapangan terbang itu amat kritikal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia