Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan 3-2 ke atas Sepanyol pada aksi Kumpulan 4 kejohanan UNL pastikan pasukan Dalic mara ke separuh akhir

-

ZAGREB, Croatia: Sepanyol mensia-siakan peluang mengesahka­n kemaraan ke separuh akhir Liga Negara UEFA (UNL) apabila tewas 2-3 kepada Croatia menerusi gol kemenangan Tin Jedvaj pada minit ke-93 Khamis lepas.

Gol kemenangan lewat Jedvaj itu memastikan saingan Kumpulan 4 terbuka luas menjelang perlawanan terakhir di antara England dan Croatia Ahad ini.

Pemenang perlawanan itu akan layak sementara Sepanyol masih boleh layak jika perlawanan di Stadium Wembley berkesudah­an dengan seri.

Croatia selayaknya pemenang di Zagreb di mana Jedvaj menjaringk­an dua gol – gol antarabang­sa pertama beliau – untuk mencapai kemenangan pada akhir perlawanan mendebarka­n.

Andrej Kramaric membuka jaringan buat Croatia tetapi Sepanyol bangkit dua kali menerusi gol penyamaan Dani Ceballos dan penalti Sergio Ramos kelihatan memastikan mereka satu mata selepas Jedvaj meletakkan Croatia di hadapan sebelum gol kemenangan pada minit kecederaan.

Croatia akan ke London dengan harapan untuk ke separuh akhir kejohanan sementara Sepanyol kini mencari jawapan baharu selepas dua kekalahan berturut-turut di bawah kendalian jurulatih baharu, Luis Enrique, ekoran kekalahan 2-3 kepada England di tempat sendiri bulan lepas.

“Saya sememangny­a risau tentang apa yang harus kami perbaiki. Tetapi saya fikir bola sepak dewasa ini tidak begitu adil untuk kami,” kata Enrique.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, berkata: “Kami mendapat ganjaran dari perlawanan yang hebat.”

Sepanyol sekurang-kurangnya mengelak penyingkir­an ke Liga B tetapi tidak bagi England atau Croatia, yang masih boleh berada di tangga teratas atau terakhir selepas perlawanan Ahad ini.

England akan disingkirk­an ke Liga B jika tewas atau seri dengan gol. Croatia juga akan tersingkir jika tewas atau seri tanpa jaringan.

“Ia menunjukka­n bahawa ini adalah kumpulan yang sukar,” tambah Luis Enrique. “Kami masih mempunyai satu peluang.”

Akhbar Diario AS membuat rumusan tentang kedudukan Sepanyol menerusi tajuk utama “Menang atau tunggu dengan harapan” Khamis lepas. Bagi Croatia, ada maruah yang dikembalik­an selepas dibe- lasah 0-6 oleh Sepanyol pada perlawanan di Elche bulan September lalu. “Enam sebab untuk bangkit,” menurut tajuk akhbar sukan harian Croatia, Sportske Novosti. Lapan dari 11 pemain yang beraksi di final Piala Dunia buat Croatia, diturunkan dalam kesebelasa­n utama ketika Jedvaj, Nikola Kalinic dan Kramaric menggantik­an Ivan Strinic, Danijel Subasic dan Mario Mandzukic, dengan Subasic dan Mandzukic sudah bersara dari bola sepak antarabang­sa. Jordi Alba berada dalam kesebelasa­n utama Sepanyol sementara Inigo Martinez beraksi bersama-sama Ramos di pert a - hanan tengah selepas Nacho mengalami kecederaan. Croatia menguasai awal permainan tetapi Sepanyol mula mengawal bola pada pertengaha­n separuh masa pertama. Permainan lebih seimbang dan terbuka selepas rehat dan dua gol dijaringka­n di antara beberapa minit. Gol pertama adalah dari kesilapan Ramos dan Sergi Roberto, menyebabka­n umpanan lemah Roberto membolehka­n Kramaric mencuri peluang dan menewaskan penjaga gol David De Gea pada minit ke-53. Sepanyol mengikat kedudukan tidak lama selepas itu dari jaringan Ceballos dan berpeluang menjaringk­an gol pendahulua­n tetapi rembatan Aspas terkena palang. Sepanyol menerima padah di atas kegagalan Aspas apabila Jedvaj menjaringk­an gol antarabang­sa pertama beliau selepas menyempurn­akan hantaran Luka Modric. Marcelo Brozovic boleh menamatkan saingan Sepanyol tetapi gagal menyempurn­akan peluang walaupun hanya berdepan De Gea. Dan kegagalan Brozovic kelihatan dihukum Sepanyol apabila Sime Vrsaljko menahan bola dari tandukan Alvaro Morata sebelum melepasi garisan gol, membolehka­n Ramos menyempurn­akan tendangan penalti. Ketika keduadua pasukan membayangk­an satu mata, Jedvaj menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan. — AFP

Kami mendapat ganjaran dari perlawanan yang hebat. Zlatko Dalic Jurulatih Croatia

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan UNL di antara Croatia dan Sepanyol di Stadium Maksimir di Zagreb. MEMUKAU: Jedjav meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP — Gambar AFP PENUH AKSI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan UNL di antara Croatia dan Sepanyol di Stadium Maksimir di Zagreb. MEMUKAU: Jedjav meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia