Skuad muda baharu Jerman mudah mengatasi Rusia 3-0
LEIPZIG, Jerman: Skuad muda Jerman tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Rusia 3-0 ketika jurulatihnya, Joachim Loew memulakan proses pembinaan semula skuad ekoran kekecewaan di Piala Dunia 2018 pada perlawanan persahabatan Khamis lepas.
Leroy Sane, Niklas Suele dan Serge Gnabry menjaringkan gol dalam separuh masa pertama perlawanan di Leipzig untuk skuad wajah baharu Loew.
“Kami boleh berasa gembira dengan kemenangan ini, kami berada dalam prestasi terbaik dalam separuh masa pertama,” kata Gnabry.
“Kami agak pasif selepas rehat tetapi kami akan menerima kemenangan ini. Ia tidak kira berapa usia pemain dalam skuad ini, ia kelihatan seseorang seperti Kai (Havertz), beliau berusia 19 tahun tetapi bermain dengan sangat baik.”
Kemenangan ini adalah yang terbesar buat Jerman dan prestasi paling meyakinkan pada tahun ini, yang men- yaksikan satu rekod enam kekalahan.
Selepas begitu banyak aksi hambar dari pasukannya pada 12 bulan terakhir, skuad Loew kali ini meraikan kemenangan dengan beberapa aksi menarik.
Bagaimanapun, kemenangan ini hanya satu perangsang keyakinan menjelang perlawanan penting Liga Negara UEFA (UNL) menentang Belanda Isnin ini, di mana Loew dijangka akan menurunkan semula pemain senior.
Jerman, di tangga terbawah Kumpulan Satu dalam Liga A, ketika ini dua mata di belakang Belanda, yang menentang pendahulu kumpulan, Perancis di Rotterdam pada perlawanan lewat.
Loew ada bercakap tentang sasaran tidak tinggi dalam UNL dan hanya menumpukan kepada proses pembinaan semula skuad ekoran prestasi buruk di Piala Dunia 2018 di Rusia.
Selepas tersingkir di pusingan pertama di Rusia, Loew mengotakan janji untuk memberikan wajah “ba- haru” dalam skuad dengan Kai Haverzt bergandingan dengan Joshua Kimmich di posisi tengah.
Malah dengan Manuel Neuer yang berusia 32 tahun di pintu gol, skuad ini adalah skuad paling muda diturunkan Loew sepanjang 12 tahun sebagai jurulatih dengan purata usia di bawah 24 tahun.
Neuer adalah satu- satu pemain dari Piala Dunia 2018 yang bermula dalam kesebelasan utama dan pertaruhan berani itu membuahkan hasil.
Jerman bermula garang dan membuka jaringan seawal minit kelapan apabila umpanan Gnabry disempurnakan oleh Sane.
Suele, 23, menambah jaringan pada mini tke-25 pada penampilan antarabangsa pertamanya dan lima minit sebelum rehat, Gnabry melengkapkan jaringan dari umpanan Havertz.
Rusia bermain lebih agresif selepas rehat tetapi gagal menembusi pertahanan kental Jerman. — AFP