Utusan Borneo (Sarawak)

Masa depan skuad muda England cerah

-

LONDON, England: Wayne Rooney percaya masa depan adalah cerah untuk England ketika b a - risan muda England mudah menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-0 di Stadium Wembley pada perlawanan ‘selamat jalan’ antarabang­sa beliau Khamis lepas. Jesse Lingard, Trent Alexander-Arnold dan penampilan sulung, Callum Wilson, menjaringk­an gol kemenangan pada aksi bergaya England walaupun jurulatih Gareth Southgate menurunkan skuad yang kurang berpengala­man. Sekiranya England menebus kekecewaan di separuh akhir Piala Dunia 2018 apabila tewas kepada Croatia pada perlawanan Liga N e g a r a U E F A ( U N L ) Ahad ini, maka England boleh terus membina pasukan yang melepasi jangkaan di Piala Dunia dengan layak ke separuh akhir UNL.

“Pada pandangan saya, England berada dalam kedudukan selamat selepas apa yang saya lihat minggu ini,” kata Rooney.

Keputusan untuk memberikan penampilan sulung buat Rooney selepas dua tahun mendapat pelbagai reaksi.

Bagaimanap­un, sorakan terbesar malam itu adalah sebelum pengenalan penjaring terbanyak England untuk penampilan ke-120 bersama England.

Bekas kapten England itu diberi penghormat­an sebelum sepak mula dengan barisan hormat dari pemain dan juga diberikan plak lencana England oleh kapten semasa England, Harry Kane.

“Saya meminta Harry Kane menyerahka­n plak itu kepada saya kerana saya percaya beliau akan mengatasi rekod gol saya dan saya tidak sabar untuk menyerahka­n beliau trofi yang sama,” tambah Rooney.

Kane tidak mendapat peluang menambah koleksi 19 gol antarabang­sa ketika Southgate mahu pemain utamanya cergas menjelang perlawanan menentang Croatia Ahad ini.

Ketika Rooney dan Kane menonton dari bangku simpanan pada 45 minit pertama permainan, Wilson diberikan peluang untuk membuat penampilan sulung.

England menamatkan saingan lebih awal menerusi dua gol pada pertengaha­n separuh masa pertama dengan Lingard menyempurn­akan hantaran Dele Alli sebelum Sancho mengumpan bola kepada Alexander-Arnold untuk gol kedua.

Seperti yang dirancang, Rooney mempunyai peluang menambah 53 gol antarabang­sa beliau dan diberikan tugas sebagai kapten pasukan buat kali terakhir apabila dimasukkan pada minit ke-58.

Beliau bagaimanap­un tidak menjaringk­an gol selepas penjaga gol AS, Brad Guzan menepis cubaannya pada minit kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia