Mourinho perlukan Godin untuk kukuhkan barisan pertahanan MU
MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho,dika- takan menyediakan tawaran20 pound juta
unt u k pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin. Mourinho terdesak untuk memperkuatkan pertahanan yang rapuh dan menjadikan Godin sasaran utama pada pasaran perpindahan bulan Januari.
Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill, juga menjadi pilihan untuk kontrak jangka pendek.
United cuba mendapatkan Godin sebelum ini tetapi tidak pernah mampu mencapai persetujuan untuk satu perpindahan.
Tetapi laman sesawang Starsport mendakwa naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward sudah men- gadakan beberapa rundingan dengan Atletico dan berasa yakin mendapatkan pemain Uruguay itu.
Woodward juga dikatakan bersedia membayar klausa pelepasan kontrak Godin, yang turun pada nilai 20 juta pound selepas memasuki 12 bulan terakhir dari kontrak semasa.
Godin, 32, merupakan salah seorang pemain pertahanan tengah paling konsisten sejak beberapa musim dan berminat dengan satu perpindahan ke United.
Mourinho memberitahu Woodward di mana pertahanan United tidak berada di tahap memuaskan dan juga pasukannya mungkin terlepas peluang berada dalam empat tangga teratas jika pemain baharu tidak dibawa masuk.
Woodward bercakap kepada pelabur awal minggu ini selepas United mengeluarkan keputusan kewangan terbaharu mereka – dan menegaskan pengu- rusan kelab masih menyokong Mourinho. Woodward bagaimanapun ada mengakui United mengalami permulaan musim “bercampur-campur” ketika ini.
Mourinho merasai tekanan selepas melihat pasukannya tercicir ke tangga kelapan liga – 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.
Woodward menegaskan United mempunyai “kekurangan kewangan” untuk kembali mencabar untuk kejuaraan domestik dan di Eropah dan juga wang akan disediakan untuk membantu United kembali ke kemuncak saingan.
Woodward berkata kelab kekal di landasan untuk rekod pendapatan tahunan walaupun satu penurunan dari tiga bulan terakhir dengan pendapatan menurun dari 143.7 juta pound kepada 135 juta pada tempoh yang sama
tahun lepas. — AFP