Utusan Borneo (Sarawak)

Federer ingin buru kejuaraan ke-100

-

LONDON, England: Roger Federer menebus kekalahan kepada Kevin Anderson di Final ATP Khamis lepas tetapi mengembali­kan perhatian kepada buruan kejuaraan ke- 100 dalam kariernya selepas kedua-dua pemain melangkah ke separuh akhir kejohanan.

Jaguh dari Switzerlan­d itu menang 6-4 dan 6-3 di O2 Arena di sini dengan Anderson menang dua perlawanan pertama.

Federer, pilihan kedua kejohanan, tewas kepada Anderson di peringkat suku akhir Wimbledon walaupun mendahului 2-0, untuk satusatu kekalahan dari lima pertemuan sebelum perlawanan di sini Khamis lepas.

Juara enam kali kejohanan ini m e m u - lakan k e - j o h a n a n d e n g a n kekalahan dua set kepada Kei Nishikori tetapi menewaskan Dominic Thiem dan Anderson dalam dua set dan kelihatan sudah kembali ke prestasi lama ketika kejohanan berlarutan. Kemenangan ke atas Anderson, pilihan keempat kejohanan dari Kumpulan Lleyton Hewitt memastikan Federer melangkah ke peringkat separuh akhir untuk kali ke-15 dari 16 penampilan pada kejohanan akhir musim tenis lelaki ini dan juga bermakna beliau dijangka akan mengelak pertemuan menentang Novak Djokovic di separuh akhir.

“Saya berasa gembira dengan satu lagi minggu seperti ini,” kata Federer. “Tidak kelihatan seperti itu mungkin 72 jam yang lalu. Tetapi saya dapat kembali beraksi dengan baik.

“Secara peribadiny­a, saya tidak memikirkan tentang ( kejuaraan) nombor 100. Saya tidak membiarkan ia menguasai fikiran saya kerana ia seharusnya sesuatu yang mengujakan dan bukan sesuatu yang menambah tekanan.

“Selagi saya fikir Novak menentang pemain lain dengan beliau beraksi dengan baik sekali lagi, ia sememangny­a sukar (untuk menang).”

Set pertama agak seimbang dengan kedua-dua pemain pantas menemui rentak tetapi Federer, dengan sokongan padu penyokong tempatan, mengutip mata penting untuk mendahului 4-3 pada satu ketika sebelum Anderson mengikat kedudukan 4-4.

Namun Federer tidak menoleh lagi selepas itu dan menang dua mata seterusnya untuk memenangi set pertama.

Set kedua juga mempunyai senario yang sama tetapi Federer kelihatan mengawal permainan dari awal sebelum mengesahka­n kemenangan dan menjamin kedudukan selaku juara kumpulan.

Pada perlawanan awal, Dominic Thiem menewaskan Nishikori 6-1 dan 6-4 tetapi kedua-dua pemain tersingkir dari saingan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Anderson ketika beraksi menentang Federer pada aksi Kejuaraan ATP di O2 Arena di London.
— Gambar AFP TANGKAS: Anderson ketika beraksi menentang Federer pada aksi Kejuaraan ATP di O2 Arena di London.
 ??  ?? FEDERER
FEDERER
 ?? — Gambar Reuters ?? DALAM PERBINCANG­AN: Gambar fail bertarikh 26 Jun 2018 ini menunjukka­n sistem VAR yang diguna bagi membantu pengadil pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.
— Gambar Reuters DALAM PERBINCANG­AN: Gambar fail bertarikh 26 Jun 2018 ini menunjukka­n sistem VAR yang diguna bagi membantu pengadil pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia