Utusan Borneo (Sarawak)

EPL sokong penggunaan VAR dalam kejohanan musim depan

-

LONDON, England: Kelabkelab Liga Perdana Inggeris telah menyokong penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kejohanan itu pada musim hadapan.

Undian diadakan pada mesyuarat pemegang saham Khamis lepas, ketika kelabkelab mencapai satu persetujua­n yang akan menyaksika­n liga elit bola sepak Inggeris akan menyertai Liga JuaraJuara dalam penggunaan teknologi video yang bermula pada musim 2019/2020.

“Kelab-kelab Liga Perdana telah bersetuju secara asasnya untuk memperkena­lkan Video Bantuan Pengadil ( VAR) dalam kejohanan ini pada musim 2019/2020,” kata satu kenyataan di laman sesawang rasmi Liga Perdana Inggeris.

“Pada Mesyuarat Pemegang Saham hari ini (Khamis), kelab-kelab memberikan satu kemas kini mengenai percubaan tidak langsung VAR yang dilakukan oleh Pegawai Profesiona­l Perlawanan dan Liga (PGMOL) musim ini.

“Cubaan dari penggunaan VAR dalam Piala FA dan Piala Liga Inggeris dan liga lain di seluruh dunia telah dibincangk­an secara terperinci.

“Program ujian tanpa siaran langsung Liga Perdana akan terus dilakukan untuk baki musim, dengan penekanan berterusan kepada perlawanan petang Sabtu dengan beberapa perlawanan berlangsun­g serentak dan membangunk­an satu protokol jelas keputusan komunikasi VAR kepada penyokong.

“Liga Perdana akan secara rasmi membuat permohonan kepada Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (IFAB) dan FIFA (badan induk bola sepak dunia) untuk menggunaka­n VAR musim hadapan.”

Berita itu hadir kurang dari seminggu selepas pengurus Southampto­n, Mark Hughes berkata Liga Perdana “masih dalam era kegelapan” kerana menangguhk­an penggunaan VAR.

Hughes mengadu selepas gol penyerangn­ya, Charlie Austin tidak dibenarkan ketika m e n e n t a n g W a t f o r d , menyebabka­n penyerang itu mengkritik pengadil semasa temu bual selepas perlawanan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia