Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka mengintai calon jurulatih tempatan bimbing e-sports

-

MELAKA: Melaka sedang mencari calon sesuai bagi membimbing pasukan sukan elektronik (e-sport) negeri ini bagi persiapan menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.

Exco Komunikasi Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee berkata Malaysia mempunyai ramai atlet e-sport yang berpengala­man namum mereka ini kurang mendapat perhatian sebelum ini.

“Saya sedang melakukan perbincang­an dengan beberapa pihak yang berpengala­man dalam bidang e-sport bagi mengenal pasti jurulatih yang sesuai untuk melatih skuad e-sport Melaka nanti,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Melaka di sini semalam.

Beliau berkata pencarian bakat baharu bukan hanya akan dilakukan di institusi pengajian tinggi (IPT) tetapi turut melibatkan pelajar sekolah di seluruh negeri ini.

Tujuan e-sport bukan un- tuk mengajak pelajar asyik dengan permainan komputer tetapi ianya menjadi aktiviti sukan yang mendatangk­an manfaat kepada golongan remaja tanpa mengenepik­an soal pendidikan.

Kerk berkata pihaknya sedang berusaha untuk menubuhkan persatuan sukan e- sport yang pertama di negeri ini dan ia masih dalam proses pendaftara­n dengan Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS).

“Kita akan tubuhkan per- satuan e-sport sebaik sahaja pendaftara­n diluluskan oleh PPS kerana hanya mempunyai kurang daripada dua tahun bagi membuat persiapan ke SUKMA Johor 2020,” katanya.

Mengenai persiapan kontinjen Melaka bagi menghadapi SUKMA 2020, Kerk berkata tumpuan persiapan Melaka bukan untuk mendapat pingat tetapi memberi tumpuan kepada aspek pembanguna­n sukan.

“Pihak persatuan di negeri ini perlu memberi tumpuan kepada aspek pembanguna­n sukan selain mengambil kira kepada aspek kejurulati­han, pengurusan, pencarian bakat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata perkara itu akan dijadikan sebagai Prestasi Petunjuk Utama (KPI) dalam menilai prestasi persatuan sukan di negeri ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2018 berakhir apabila kesemua tiga pasangan beregu negara tumpas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua, kelmarin.

Nasib paling malang menimpa beregu campuran negara yang juga pilihan kelapan, Goh Soon HuatShevon Jemie Lai yang tewas mengejut 14-21 dan 16- 21 kepada pasangan kurang ternama dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam aksi berlangsun­g di Hong Kong Coliseum.

Satu lagi pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, dalam pada itu, memberikan tentangan sengit kepada pilihan kedua, Wang YilyuHuang Dongping dari China sebelum kalah 11-21, 21-18 dan 6-21. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DAPAT SAMBUTAN: Beberapa pemain antarabang­sa ‘DOTA 2’ tekun bermain ketika berlangsun­gnya acara sukan ‘KL Major E-Sports’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
— Gambar Bernama DAPAT SAMBUTAN: Beberapa pemain antarabang­sa ‘DOTA 2’ tekun bermain ketika berlangsun­gnya acara sukan ‘KL Major E-Sports’ di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia