Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perkenalka­n peralatan digital Kegel ‘Specto and Torch’ dalam boling

-

KUCHING: Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS) melangkah setapak dalam usaha mengangkat martabat sukan tenpin boling Sarawak dengan mengetenga­hkan teknologi digital dalam pembanguna­n sukan itu melalui penggunaan peralatan kejurulati­han digital, Kegel ‘ Specto and Torch’.

Naib Presiden ABAS, Robert Lu berkata persatuan tersebut mencadangk­an kepada kerajaan negeri untuk memasang ‘Specto and Torch’ sebelum saingan SUKMA XIX Perak 2018 bermula pada September lalu.

“Peralatan itu sudah tiba di sini dan saya amat yakin teknologi tersebut dapat membawa standard sukan boling Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya semasa perasmian peralatan canggih itu yang disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee di Megalanes Sarawak, Batu Kawa dekat sini.

Menurut Lu, ia juga memberi kelebihan kepada Sarawak berbanding pasukan-pasukan lain dan membolehka­n Sarawak terus bersaing dengan Selangor dan Pulau Pinang yang turut memiliki peralatan seperti itu sebelum ini.

Beliau berkata, ‘Specto and Torch’ akan menjejak pergerakan bola dalam lorong dengan lebih tepat selain berupaya membaca kepantasan pergerakan dan perubahan corak bola, kemasukan sudut dan sebagainya.

“Ia boleh membantu mendapatka­n data diperolehi daripada telefon pintar iphone, peranti ipad atau komputer untuk membolehka­n jurulatih menganalis­is sebarang kesilapan.

“Sebelum ini, kita hanya bergantung kepada pemantauan jurulatih untuk mengenal pasti permainan fizikal atlet- atlet namun dengan peralatan itu data boleh diperolehi dan dimainkan semula dalam pergerakan perlahan serta merekodkan semua data daripada setiap balingan,” jelasnya.

Lu menambah atlet-atlet remaja juga boleh mempelajar­inya dengan pantas kerana ia turut menyediaka­n bantuan bergambar.

Sementara itu, Ong memberitah­u ‘Specto and Torch’ merupakan sebahagian daripada keperluan sukan berprestas­i tinggi di mana teknologi sukan terkini digunakan untuk meningkatk­an prestasi atlet- atlet semua tahap dari peringkat pembanguna­n sehingga ke elit.

“Program ‘ Specto and Torch’ amat bermanfaat ke- pada kedua-dua pemain dan jurulatih. Ia masa yang tepat kepada kita untuk menggunaka­n teknologi itu melangkah ke depan dalam misi menjadi kuasa sukan tenpin boling.

“Maklum balas data dan informasi daripada analisis banyak membantu terhadap pencapaian dan kemajuan dalam sukan tenpin boling. Justeru, program ini juga dapat membantu dalam membentuk tenaga teknikal sukan ini,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 30 pemain remaja dan SUKMA, jurulatih, atlet para serta jurulatih mereka menyertai sesi taklimat yang dikendalik­an oleh Naib Presiden Jualan Kegel, Gus Falgien.

Hadir sama Wakil Pemasaran dan Jualan Kegel Asia/Pacific Rim, Robert W Dong dan Timbalan Presiden ABAS, Shaifulbah­ri Shukri.

 ??  ?? TEKNOLOGI DIGITAL: (Dari tiga kanan) Gus, Ong dan Shaifulbah­ri bersama pemain-pemain dan jurulatih pada pelancaran ‘Specto and Torch’ di Kuching semalam.
TEKNOLOGI DIGITAL: (Dari tiga kanan) Gus, Ong dan Shaifulbah­ri bersama pemain-pemain dan jurulatih pada pelancaran ‘Specto and Torch’ di Kuching semalam.
 ??  ?? TUMPUAN: Pertemuan ‘epik’ Armada Pemuda Bukit Semuja (gambar) dan Serian Project Team petang ini.
TUMPUAN: Pertemuan ‘epik’ Armada Pemuda Bukit Semuja (gambar) dan Serian Project Team petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia