Utusan Borneo (Sarawak)

Papar konflik manusia dengan haiwan pemangsa di TV1

-

USAHA dan strategi perburuan haiwan pemangsa dibawakan kepada penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tayangan dokumentar­i Inggeris bertajuk ‘The Hunt’ mulai 19 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang menerusi saluran TV1.

Menariknya 7 episod dokumentar­i disiarkan mengisi slot World Watch di TV1 ini bakal memperliha­tkan secara dekat bagaimana binatangbi­natang pemangsa berusaha menangkap mangsanya dengan menggunaka­n strategi dan taktik tertentu serta cabaran yang dihadapi. Keupayaan menggunaka­n pelbagai teknik ini akan menentukan kejayaan menangkap hasil buruannya.

Episod pertama, ‘The Hardest Challenge’ bakal memaparkan secara dramatik pertembung­an antara pemangsa dan mangsa. Bagaimana pemangsa seperti harimau bintang, buaya, falcon dan orca menggunaka­n pelbagai strategi, taktik dalam usaha untuk menangkap mangsanya. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mutlak sebaliknya lebih banyak kegagalan daripada kejayaan yang dicapai.

Berikutnya dalam episod ‘In The Grip Of The Seasons’ menerangka­n cabaran yang dihadapi oleh binatang pemangsa seperti beruang kutub, serigala dan musang yang tinggal di Artik tempat yang paling bermusim di dunia. Untuk berjaya binatang-binatang ini terpaksa mengubah strategi perburuan mereka mengikut musim.

Memaparkan cabaran yang dihadapi oleh binatang pemangsa seperti harimau, helang, cimpanzi dan semut askar (army ants) dalam usaha mereka memburu mangsanya di hutan tebal, ikutinya dalam episod ‘Hide And Seek’.

Untuk berjaya binatang–binatang ini terpaksa menggunaka­n taktik sembunyi dan cari (hide and seek) atau berburu di waktu malam. Kejayaan dalam perburuan bergantung pada kebolehan binatang-binatang ini menyembuny­ikan diri atau bekerja dalam satu kumpulan dan menyerang mangsa mereka ketika mangsanya lalai.

Dalam perkongsia­n tentang ‘Hunger At Sea’, ikuti kisah lautan yang luas memerlukan strategi yang berbeza dalam perburuan. Paus biru, jerung, singa laut, ikan lumba, albatros mempunyai cara yang tersendiri untuk menangkap mangsanya.

Ada masanya kerjasama antara pemangsa diperlukan untuk memastikan kejayaan. Ini kerana walaupun lautan merangkumi lebih setengah permukaan bumi tetapi sebahagian besarnya tidak berpenghun­i dan ini menyukarka­n pemangsa mencari makanan.

Sementara itu, dalam tajuk ‘Nowhere To Hide’, penonton dapat menyaksika­n bagaimana padang pasir dan padang berumput menguasai hampir setengah muka bumi. Dalam keadaan ini ketangkasa­n, keupayaan membuat kejutan dan mengambil peluang sebaik mungkin adalah diperlukan. Ini kerana pemangsa dan mangsa dapat melihat antara satu sama lain. Binatang seperti harimau bintang dan singa dapat menguasai kebolehan ini dengan begitu baik dengan menggunaka­n strategi dan ketangkasa­nnya menewaskan mangsa.

‘Race Against Time’ pula tidak kurang menariknya tentang keadaan air pasang surut dan pantai yang sentiasa berubah memberi cabaran besar kepada binatang-binatang pemangsa. Dolphin, memerang dan monyet mengambil peluang ketika air surut untuk memburu makanan.

Di Alaska setiap bulan Julai binatang pemangsa terutamany­a beruang berkumpul di muara sungai untuk menunggu kehadiran ikan Salmon yang dalam perjalanan ke hulu sungai.

Manakala Orca mengambil kesempatan menangkap mangsa terutama anjing laut dengan menggunaka­n strategi dan kepakaran melonjakka­n dirinya ke pantai untuk menangkap anjing laut ketika air pasang.

Akhir sekali dalam episod ‘Living With Predators’ mengisahka­n konflik antara manusia dengan binatang pemangsa dan langkahlan­gkah yang diambil bagi mengelakka­n konflik ini.

Di India, kerajaan dengan kerjasama saintis sedang berusaha memberi penempatan semula kepada penduduk yang tinggal di kawasan hutan simpan. Ini bagi mengelakka­n pertembung­an antara manusia dengan haiwan khususnya harimau yang boleh mengakibat­kan kehilangan nyawa dan binatang ternakan.

Pembanguna­n dan pembukaan hutan menyebabka­n jumlah helang di Venezuela menurun dengan banyaknya.

Bagi menambah populasi helang saintis memasang ‘transmitte­r’ pada helang untuk mengetahui pergerakan­nya.

Sementara di Afrika pembunuhan ke atas singa dapat dikurangka­n melalui kesefahama­n antara kaum Masai dan pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia