Utusan Borneo (Sarawak)

Telemovie temukan Sweet Qismina & Syafie Naswip di TV1

-

LELAKI dan wanita menggunaka­n cara yang berbeza dalam menunjukka­n perasaan mereka.

Perempuan lebih menzahirka­n perasaan, lelaki pula lebih menyimpan dan tidak terlalu menunjuk rasa sayang.

Susah untuk mengetahui tandatanda dan ciri-ciri lelaki yang setia kepada pasanganny­a.

Namun, jika seseorang lelaki sanggup menunjukka­n rasa sayang terhadap wanita secara terbuka, maka itu tanda sayang sebenar.

Sayang itu juga sebenarnya subjektif. Cinta tidak dapat dipisahkan dengan hati dan perasaan. Hakikatnya cinta yang jujur dan ikhlas dapat mengatasi segala halangan termasuk kedudukan dan darjat.

Mengangkat sisi keberkatan dalam sesuatu hubungan ikhlas sematamata mencari keredhaan Allah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan telemovie bertajuk ‘Malaikat Pun Tahu’ pada 20 November ini, jam 11.05 pagi di TV1.

Telemovie khas sempena sambutan Maulidur Rasul ini mengetenga­hkan lakonan mantap pelakon berpengala­man termasukla­h Syafie Naswip, Sweet Qismina, Dato’ Shah Reza, Connie Norlidah Ahmad, dan Qazim Nor.

Kisahnya berkembang dengan watak utama iaitu Lutfi seorang penulis cerpen Islamik yang tinggal di Melbourne, Australia. Satu hari dia telah berjaya menyelamat­kan beg wanita bernama Tengku Ashikin yang dilarikan peragut.

Kebetulan Lutfi pula bekerja dengan Tengku Ashman yang merupakan abang kepada Tengku Ashikin.

Lutfi yang telah pun putus tunang dengan Marlia telah jatuh cinta kepada Tengku Ashikin lalu melamar Tengku Ashikin menjadi isterinya.

Mereka berkahwin di Melbourne dengan diwalikan oleh Tengku Ashman tanpa pengetahua­n ibu bapa mereka di tanah air.

Perkahwina­n tersebut dirahsiaka­n kerana bapa mereka, Tengku Amran ingin menjodohka­n Tengku Ashikin dengan orang yang sama keturunan dengan mereka.

Hubungan Lutfi dan Tengku Ashikin sedikit goyah apabila Marlia terjumpa Lutfi dan meminta dia diberikan peluang kedua setelah Tengku Ashman menolak untuk dijodohkan dengan Marlia yang diatur oleh keluarga mereka.

Dalam masa yang sama, Tengku Ashikin terjatuh dan telah dikejarkan ke hospital. Dia telah keguguran setelah mengandung dua bulan dan turut disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Tengku Amran yang pada mulanya tidak merestui perkahwina­n Lutfi dengan Tengku Ashikin telah berubah hati setelah Tengku Ashikin jatuh sakit dan melihatkan kesungguha­n serta keikhlasan Lutfi.

Namun masihkah ada peluang untuk keduanya kembali melalui saat-saat bahagia dalam kehidupan bersama?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Syafie Naswip dan Sweet Qismina dalam telemovie ‘Malaikat Pun Tahu’.
WATAK UTAMA: Syafie Naswip dan Sweet Qismina dalam telemovie ‘Malaikat Pun Tahu’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia