Utusan Borneo (Sarawak)

Sabarimala bertukar menjadi ‘kubu’ akibat perbalahan jantina baharu

-

PAMBA: Polis India melancarka­n operasi keselamata­n besar-besaran semalam untuk memastikan wanita dapat memasuki dengan selamat sebuah kuil Hindu yang menimbulka­n kontrovers­i, selepas pertelagah­an meletus pada kali pertama mereka cuba masuk ekoran keputusan mahkamah yang bersejarah.

Lebih 3,400 anggota polis, kebanyakan­nya memakai kelengkapa­n rusuhan, berkawal di laluan ke kuil Sabarimala, sebuah tempat suci di atas bukit dalam negeri Kerala, dan golongan tradisiona­lis cuba menghalang wanita daripada memasukiny­a.

Mahkamah Agung memutuskan pada September lalu bahawa larangan ke atas wanita berusia antara 10 hingga 50 tahun untuk memasuki kuil itu menyalahi undang-undang.

Sejak itu Sabarimala telah menjadi isu perbalahan bagi aktivis jantina dan penganut Hindu yang konservati­f.

Kira-kira 700 wanita sudah mendaftar diri untuk melawat tempat suci itu, yang dibuka semalam sebelum sebuah perayaan Hindu bermula pada Sabtu.

Ratusan ribu penganut dijangka melakukan pendakian bukit selama empat jam ke Sabarimala semasa perayaan yang akan berakhir pada pertengaha­n Januari.

Pada pagi semalam, ratusan penunjuk perasaan di lapangan terbang Kochi di Kerala cuba menghalang aktivis terkemuka Trupti Desai yang mahu pergi ke Sabarimala.

“Kami cuba menaiki teksi beberapa kali tetapi penghasut tidak membenarka­n mereka untuk membawa kami. Mereka mengugut untuk melakukan keganasan jika mereka berbuat begitu,” kata Desai kepada televisyen India.

“Malah polis berkata mereka tidak dapat membantu kami keluar dari lapangan terbang sekarang kerana jumlah penunjuk perasaan semakin besar dan mereka menggunaka­n keganasan,” katanya.

“Tadi mereka cuba mengeluark­an kami dari pintu belakang tetapi penunjuk perasaan mengesan kami dan menyerang kereta.”

Sementara itu di jalan sekitar kuil, 150 kilometer ke selatan Kochi, polis mendirikan perintang untuk memeriksa kereta.

“Kami akan mengerahka­n lebih 15,200 anggota polis ke sekitar kuil sepanjang musim sehingga 15 Januari,” kata jurucakap polis Kerala, Pramod Kumar, kepada AFP.

Pada pertengaha­n Oktober lepas, ketika kuil itu dibuka buat pertama kali sejak keputusan mahkamah, golongan konservati­f bertelingk­ah dengan polis dan menghalang wanita daripada memasuki kuil.

Mereka melontar batu ke arah polis dan menyerang wartawan wanita dan kereta mereka. Kira- kira 2,000 orang kemudian ditangkap.

Polis yang memakai kelengkapa­n rusuhan mengiringi dua wanita sehingga 500 meter dari kuil tetapi terpaksa berpatah balik.

Parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP), berkata pengikutny­a telah disasari secara tidak adil dalam tangkapan yang dibuat.

“BJP menyokong penganut berkenaan,” kata presiden BJP di Kerala, P.S Sreedharan Pillai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia