Utusan Borneo (Sarawak)

Lukisan kolam renang Hockney dijual AS$90.3 juta

-

NEW YORK: Satu lukisan kolam renang daripada legenda British David Hockney telah dijual dengan nilai AS$90.3 juta (RM361.2 juta) di New York kelmarin untuk memecah rekod lelongan bagi seorang pelukis yang masih hidup.

Lukisan ‘Portrait of an Artist (Pool with Two Figures)’ dibeli selepas bidaan selama lebih sembilan minit, yang didominasi dua pembida telefon.

Ia memecah rekod lama yang dipegang oleh pelukis Amerika, Jeff Koons, dan lukisannya ‘ Balloon Dog (Orange)’, yang dijual dengan harga AS$58.4 juta (RM233.6 juta) di Christie’s pada 2013.

Hadirin berdiri untuk menyaksika­n sejarah dicipta dalam bilik jualan yang sesak di Christie’s, di mana tepukan meletus apabila jualan epik itu selesai, dan lukisan dijual dengan harga AS$ 80 juta (RM320 juta).

Premium dan komisen pembeli menjadikan nilai akhir bagi kanvas itu, yang menghiasi dinding bilik bidaan, setinggi AS$90,312,500, gedung lelongan itu mengumumka­n.

Harga AS$ 90 juta lebih mengagumka­n lagi kerana Hockney memberitah­u CNN bahawa lukisan itu pada asalnya dijual dengan harga kirakira AS$20,000 (RM80,000) pada 1972, dan seterusnya percaya ia telah diberi nilai yang rendah.

Hockney memberitah­u CNN dia sangka ia “wang yang begitu banyak ketika itu, tetapi dalam masa enam bulan, ia dijual semula dengan harga AS$50,000 (RM200,000)”.

Harga kelmarin adalah lebih tiga kali ganda rekod lelongan lama bagi pelukis berusia 81 tahun itu – AS$28.4 juta (RM113.6 juta) untuk lukisan ‘Pacific Coast Highway and Santa Monica’ dari 1990 di pesaing utama Christie’s, Sotheby’s, pada Mei lalu.

Christie’s enggan mendedahka­n identiti penjual mahupun maklumat mengenai pembeli, dan menegaskan mereka tidak mahu dikenali.

Namun Bloomberg dan laman sesawang Artney melaporkan ia ditawarkan untuk jualan oleh bilionair Britain, Joe Lewis, yang memiliki Tavistock Group, kelab bola sepak Tottenham Hotspur di London dalam Liga Perdana Inggeris, dan dianggarka­n bernilai AS$5 bilion (RM20 bilion) oleh Forbes. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PECAH REKOD: Lukisan Hockney ‘Portrait of an Artist (Pool with Two Figures)’ dipamerkan di Jualan Petang Kesenian Pasca Perang dan Kontempora­ri di Christie’s di New York kelmarin.
— Gambar AFP PECAH REKOD: Lukisan Hockney ‘Portrait of an Artist (Pool with Two Figures)’ dipamerkan di Jualan Petang Kesenian Pasca Perang dan Kontempora­ri di Christie’s di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia