Utusan Borneo (Sarawak)

Siklon Gaja membadai pantai timur India

-

CHENNAI: Ribut kencang menumbangk­an pokok, memusnahka­n rumah dan memaksa ribuan penduduk untuk mencari tempat selamat apabila Siklon Gaja membadai pantai timur India semalam.

Ribut sederas 120 kilometer sejam melanda negeri Tamil Nadu apabila taufan itu membadai kawasan pantai dekat Nagapattin­am pada awal semalam dan membawa hujan lebat, kata pejabat kaji cuaca India.

Lebih 80,000 penduduk dari enam daerah di negeri selatan itu dipindahka­n ke pusat perlindung­an.

Taufan itu diramal akan bergerak ke barat dan perlahan-lahan reda sebelum ia menuju ke Laut Arab, kata Jabatan Meteorolog­i India.

Hujan lebat menyebabka­n penakungan air dan menimbulka­n ancaman daripada kejadian tanah runtuh. Bekalan elektrik terputus berlaku dengan meluas di wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa menutup sekolah dan kolej dan mengerahka­n pasukan pengurusan bencana untuk mengalih pilon elektrik dan pokok tumbang dari jalan raya.

Ribuan pekerja kecemasan bersiap- siaga bersama dua kapal tentera laut dan penyelam, helikopter serta bot getah.

Pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada nelayan sejak Ahad lepas untuk tidak menggadai nyawa dengan pergi ke laut.

Gaja merupakan taufan besar kedua untuk melanda pantai timur India sejak beberapa minggu lalu.

Siklon Titli membadai negeri Odisha pada Oktober lepas dan membunuh sekurangku­rangnya dua orang.

Taufan kerap melanda selatan India antara April hingga Disember.

Pada tahun lepas, Siklon Ockhi mengorbank­an hampir 250 orang di negeri-negeri selatan, Tamil Nadu dan Kerala. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ANGKARA GAJA: Penduduk India mengalih pokok tumbang berhampira­n stesen kereta api di Nagapattin­am dalam negeri Tamil Nadu, selatan India, semalam selepas Siklon Gaja melanda wilayah tersebut.
— Gambar AFP ANGKARA GAJA: Penduduk India mengalih pokok tumbang berhampira­n stesen kereta api di Nagapattin­am dalam negeri Tamil Nadu, selatan India, semalam selepas Siklon Gaja melanda wilayah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia