Utusan Borneo (Sarawak)

KDNK Malaysia berkembang 4.4 peratus suku-3 2018 Dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh susulan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar peratus

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada suku ketiga 2018 dipacu oleh penggunaan swasta yang kukuh susulan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar peratus semasa tempoh tersebut.

Bagi tempoh tiga suku pertama 2018, ekonomi berkembang 4.7 peratus dan berada di landasan untuk merekodkan pertumbuha­n 4.8 peratus bagi setahun penuh 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Walaupun menghadapi cabaran global, beliau berkata, ekonomi Malaysia men- catatkan pertumbuha­n stabil pada suku ketiga 2018.

Ia didorong khususnya peningkata­n perbelanja­an isi rumah yang berkembang 9.0 peratus terutama pada Julai dan Ogos serta pertumbuha­n pekerjaan dan upah yang teguh di samping sentimen pengguna positif, katanya.

Beliau berkata, pertumbuha­n tersebut juga disokong oleh pelaburan swasta yang lebih tinggi iaitu meningkat 6.9 peratus dan kesan kejutan bekalan sekali yang berlarutan.

“Kejutan bekalan khusus komoditi yang berlarutan telah membawa kepada penurunan pengeluara­n komoditi (dan eksport),” katanya semasa mengumumka­n prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2018 di sini, semalam.

Noor Shamsiah berkata pertumbuha­n pada suku kedua dan ketiga tahun ini mungkin lebih tinggi sebanyak 50 hingga 70 mata asas jika tiada kejutan bekalan dalam perlombong­an dan pertanian.

Berdasarka­n pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi berkembang 1.6 peratus lebih pantas daripada 0.3 peratus pada suku sebelum ini.

Eksport kasar menyederha­na kepada 5.2 peratus beriku- tan pengembang­an perlahan dalam eksport perkilanga­n bukan elektrik dan elektrik ketika eksport komoditi mengalami penurunan lebih kecil.

Dari segi penawaran, sektor perkhidmat­an dan pembuatan telah menyokong pertumbuha­n, manakala sektor perlombong­an terus dipengaruh­i oleh kejutan bekalan.

Sektor pertanian kekal lemah berikutan pemulihan yang berlanjuta­n daripada kekangan pengeluara­n pada suku sebelumnya.

Pada suku tersebut, akaun semasa mencatatka­n lebihan sebanyak RM3.8 bilion.

Dalam tempoh tiga suku pertama 2017, akaun semasa Malaysia mencatatka­n lebihan terkumpul RM22.7 bilion atau 2.2 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK).

“Pada masa akan datang, akaun semasa dijangka merekodkan lebihan, disokong oleh lebihan barangan dalam jumlah yang besar yang akan mengimbang­i defisit akaun perkhidmat­an dan pendapatan,” katanya, dengan menambah, bagi 2018 baki akaun semasa akan berada antara dua hingga tiga peratus daripada PNK.

Inflasi teras susut kepada 0.5 peratus pada suku ketiga 2018 berbanding 1.3 pera- tus pada suku kedua 2018, didorong terutamany­a oleh kesan GST berkadar sifar peratus.

Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an mulai 1 Sept, 2018 telah memberi impak tersendiri terhadap inflasi pada suku tersebut.

Ringgit susut 2.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada suku ketiga, didorong terutamany­a oleh pengukuhan mata wang negara maju itu serta aliran keluar pelaburan portfolio bukan pemastauti­n yang sederhana.

“Pengukuhan dolar AS telah dipacu oleh data dan unjuran ekonomi AS yang positif semasa tempoh suku tersebut. Ringgit dan mata wang serantau juga terjejas berikutan sentimen negatif disebabkan risiko penularan dari ekonomi pasaran pesat membangun yang mudah terjejas,” katanya.

Hutang luaran kekal boleh diurus dengan risiko pusingan terhad memandangk­an lebih daripada separuh dilaksanak­an bagi jangka sederhana dan panjang, katanya.

“Kira-kira satu per tiga hutang luaran adalah dalam denominasi ringgit dan berdasarka­n pegangan instrumen ringgit oleh bukan pemastauti­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia