Utusan Borneo (Sarawak)

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN kekal mengagumka­n

-

SINGAPURA: Pada usia emas, kewibawaan Tun Dr Mahathir Mohamad tetap menjadi tumpuan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak berkaitan, yang berakhir kelmarin di Singapura.

Perhimpuna­n itu diwarnai dengan gesaan kepada kerjasama pelbagai hala berikutan peningkata­n ketegangan perdaganga­n, fahaman perlindung­an yang meningkat dan tindakan terhadap urus niaga perdaganga­n yang tidak adil. Semua perkara ini disuarakan dengan lantang dan jelas pada acara itu.

Namun, Perdana Menteri Malaysia itu sebagai seorang negarawan dan ahli politik yang hebat terus mencuri tumpuan pada acara tersebut.

Kemunculan semula Dr Mahathir di pentas ASEAN menyerlahk­an kelantanga­nnya dengan menegur ekonomi kuasa besar yang cenderung mementingk­an diri dan jelas menunjukka­n keprihatin­an beliau kepada ekonomi membangun mendapat urus niaga yang adil.

Sebagai ahli politik yang tegas dan sememangny­a disedari oleh semua negara ASEAN, beliau mengingatk­an walaupun perluasan perdaganga­n penting bagi perkumpula­n itu, ekonomi yang lebih kecil tidak patut dipaksa untuk memeterai urus niaga yang berat sebelah atau dominan.

Pada usia 93 tahun, beliau bukan sahaja negarawan tertua di ASEAN, tetapi juga di dunia.

Mungkin kurang disenangi oleh sesetengah kuasa besar, beliau menyatakan dengan amat jelas mengenai pendirian Malaysia -- mana-mana urus niaga perdaganga­n perlu adil bagi negara-negara memban- gun atau tidak akan menjalin sebarang urus niaga.

Merujuk kepada pakatan perdaganga­n terbesar di dunia, rundingan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang dijangka selesai pada akhir tahun depan, Perdana Menteri berkata sama ada kuasa besar atau ekonomi utama dalam ASEAN, urus niaga perdaganga­n perlu saling memberi manfaat.

Ini bermakna tiada paksaan atau ekonomi lebih kecil mengikut telunjuk negara kuasa besar dan terlibat dalam naratif populis hanya untuk memuaskan hati ekonomi kuasa besar.

Tanpa disangkal lagi, rantau ini setakat ini telah mengalami kemajuan pesat sekali gus melangkaui objektif politik asalnya apabila blok 10 anggota yang ditubuhkan pada 1967 itu melalui perubahan besar kepada sebuah entiti ekonomi.

Bagaimanap­un banyak lagi yang perlu dilaksanak­an secara lebih pantas oleh ASEAN berbanding sebelum ini, namun kali ini bukan hanya dari segi dasar, peraturan dan undang-undang, malah kerjasama erat dengan sektor swasta dalam pemudahan perniagaan.

Semua ini, perlu dilakukan tanpa mengkompro­mikan hak kedaulatan atau agenda negara.

Berdasarka­n 630 juta penduduk dan jumlah itu semakin bertambah, ASEAN adalah ‘besar’ serta potensinya juga amat luas.

Wujud kekuatan dalaman yang boleh dimanfaatk­an namun blok itu gagal mengenal pastinya secara sedar atau tidak sedar.

Pertama, perdaganga­n dalaman rantau ini tidak berubah pada 25 peratus kepada lebih 30 peratus, yang jauh lebih rendah daripada yang dicapai oleh perkumpula­n ekonomi lain seperti Kesatuan Eropah dan Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA).

“Mencapai lebih 30 peratus perdaganga­n dalaman di ASEAN dilihat sebagai sasaran yang bercita-cita tinggi tetapi semua negara ASEAN masih perlu mengejarny­a dan merealisas­ikannya,” katanya.

Beliau menjelaska­n peningkata­n perdaganga­n dalaman ASEAN bukan bermaksud blok ekonomi itu tidak berminat dengan pihak lain sebaliknya mahu membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana, di samping meneroka kemungkina­n baharu.

Mengenai isu umat Islam Rohingya, Dr Mahathir mengeluark­an kenyataan yang amat berterus terang.

Beliau membidas Aung San Suu Kyi dengan mengatakan pemimpin Myanmar itu cuba “mempertaha­nkan yang tidak dapat dipertahan­kan” dalam mewajarkan keganasan dilakukan pasukan keselamata­n negara itu terhadap penduduk Islam Rohingya malang di Rakhine.

Katanya beliau kecewa dengan cara isu itu diuruskan, “kerana seseorang yang pernah ditahan sebelum ini sudah tentu tahu betapa deritanya.”

Isu berkaitan ketegangan perdaganga­n, fahaman perlindung­an dan Laut China Selatan turut dibangkitk­an dan dikupas dengan ASEAN sekali lagi diingatkan akan perlunya kekal bersatu dan mematuhi prinsip asas “makmurkan jiran anda.”

Oleh kerana itu, satu-satunya cara untuk membolehka­n ia terus relevan dan mendepani cabaran di masa depan yang dicetuskan oleh trend mega seperti Revolusi Industri Keempat dan kemunculan revolusi Teknologi Digital dan Kewangan (FinTech).

“Masa depan ASEAN adalah cerah. Pada masa yang sama, ASEAN perlu menangani cabaran-cabaran baharu. Selain daripada landskap baharu yang strategik, satu lagi perubahan besar adalah teknologi digital,” kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Untuk itu, malah Ketua Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) Christine Lagarde yang turut hadir pada sidang kemuncak itu sebagai tetamu, mengumumka­n sepatutnya Bank Pusat di seluruh dunia menimbangk­an mengeluark­an mata wang digital.

“Ini bukan sains fiksyen. Beberapa bank pusat seluruh dunia sedang menimbangk­an idea ini dengan serius, termasuk Kanada, China, Sweden, dan Uruguay. Mereka mengutamak­an perubahan dan pemikiran baharu – begitu juga IMF,” katanya.

Ini bermakna kerjasama pelbagai hala pada masa ini adalah jauh lebih penting daripada sebelum ini dan ASEAN perlu bergerak seiring dengan ungkapan “Perubahan sentiasa berlaku”.

Perdana Menteri Lee dalam ucapan pada penutupan sidang kemuncak itu secara spontan berkata “Kita tidak akan dan tidak pernah selesai, kita perlu terus usahakan bagi integrasi ekonomi dicapai.”

Singapura, katanya yakin bahawa Thailand, selaku pengerusi ASEAN 2019, akan mampu membawa ASEAN ke tahap lebih tinggi.

Jadi, sekarang, saya serahkan kepada Thailand. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia