Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE teroka kawasan baharu bagi pertumbuha­n eksport India

-

NEW DELHI: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) sedang meneroka bidang baharu bagi pertumbuha­n eksport di pasaran India untuk memanfaatk­an perjanjian perdaganga­n bebas Malaysia dan India.

Agensi penggalaka­n perdaganga­n negara itu menganjurk­an Misi Mempercepa­tkan Eksport (EAM) ke New Delhi dari 13 hingga 15 Nov bagi mengkaji aliran pasaran selain bertemu pengimport.

Timbalan Pengarah MATRADE bagi Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika, Shaiful Sharif berkata India merupakan pasaran yang besar dan rancak.

“Ia adalah pasaran tunggal dengan pelbagai ciri apabila menyentuh mengenai selera pengguna, keutamaan dan pilihan produk. Syarikat kita perlu jelas mengenai segmen pasaran yang mereka mahu sasarkan.

“Kita mahu meningkatk­an kerjasama dengan persatuan perniagaan dalam sektor yang berbeza merentasi India melalui misi perdaganga­n ini,” katanya kepada Bernama

Misi perdaganga­n itu melibatkan 11 syarikat Malaysia yang terlibat dalam bidang makanan dan minuman, perabot, bahan binaan, kosmetik dan produk petroleum.

Shaiful berkata sektor tersebut menyaksika­n pertumbuha­n penggunaan yang baik di India berikutan kelas pertengaha­n yang semakin bertambah serta keutamaan bagi produk berkualiti.

Anggota delegasi Malaysia mengadakan sesi rangkaian, lawatan pasaran dan mesyuarat perniagaan bersama pengimport India.

Mereka juga diberikan taklimat mengenai potensi pasaran India di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia.

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid berkata hubungan ekonomi dua hala menerima rangsangan daripada Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Malaysia-India (MICECA) dan Perjanjian Perdaganga­n Serantau ASEAN-India FTA (AIFTA).

Beliau berkata pengeluar Malaysia tidak memanfaatk­an sepenuhnya kelebihan peluang yang diwujudkan perjanjian itu menerusi penguranga­n duti kastam.

Perdaganga­n dua hala pada 2017 bernilai RM61.4 bilion berbanding RM48.7 bilion pada 2016.

Eksport Malaysia ke India tahun lepas meningkat lapan peratus kepada RM34.5 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia