Utusan Borneo (Sarawak)

Dua daripada 10 golongan dewasa bekerja di Malaysia tidak dapat buat penyimpana­n

-

KUALA LUMPUR: Dua daripada 10 golongan dewasa bekerja di Malaysia (MWA) tidak dapat membuat sebarang simpanan dalam tempoh enam bulan lepas, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Ini menyumbang 28 peratus daripada 3,540 MWA berumur antara 20 dan 60 yang dikaji oleh AKPK dalam Kaji Selidik Tingkah Laku Kewangan 2018 yang pertama dari Januari hingga Julai 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata kos sara hidup yang tinggi menjadi sebab utama ramai MWA tidak dapat menyimpan, diikuti tiada lebihan pendapatan, hutang yang tinggi dan tidak pasti jumlah untuk disimpan.

“Ketidakupa­yaan untuk menyimpan mungkin disebabkan kitaran untuk men- gurus dengan sumber kewangan yang terhad berikutan kos sara hidup yang tinggi yang sekali gus membawa kepada tidak mempunyai lebihan pendapatan untuk disimpan.

“Dalam keadaan ini, tidak mungkin mereka boleh merancang untuk menyimpan, apa lagi bersedia untuk menyimpan,” katanya pada pelancaran laporan kaji selidik itu pada Simposium Celik Kewangan AKPK 2018, di sini kelmarin.

Kajian ini mendapati bahawa tiga daripada 10 responden (28 peratus) perlu meminjam untuk membeli barangan keperluan. Satu per tiga (33 peratus dan lebih) daripada mereka adalah lelaki, bekerja sendiri dan berpendapa­tan kurang daripada RM2,000.

“Dalam kalangan responden MWA, yang perlu meminjam untuk membeli barangan keperluan, hampir 44 peratus bekerja dalam pasukan tentera, polis dan penguatkua­saan, serta dalam sektor pertanian dan komoditi,” katanya.

Kaji selidik itu turut mendapati kakitangan kerajaan membentuk peratusan tertinggi peminjam pembiayaan peribadi (65 peratus), pinjaman perumahan (55 peratus) dan pinjaman bukan bank (18 peratus).

Beliau berkata, berdasarka­n kajian iu juga, menyelesai­kan hutang secara lebih cepat merupakan matlamat utama kewangan bagi MWA berusia antara 50 dan 60 tahun, manakala bagi kumpulan termuda, berumur 20 hingga 29 tahun, mereka mahu berbelanja untuk barangan keperluan.

“Terlalu memberi tumpuan untuk menyelesai­kan hutang mereka dan bekerja keras untuk menyimpan bagi pelbagai keperluan, serta untuk persaraan mungkin menjadi sebab kenapa MWA meletakkan berbelanja untuk apa yang diinginkan sebagai keutamaan paling rendah,” katanya.

Dapatan kaji selidik itu mencadangk­an melengkapk­an MWA dengan ilmu pengetahua­n atau celik kewangan merupakan cara baik untuk hala tuju mereka.

“Dengan kefahaman lebih baik tentang apa itu kesejahter­aan kewangan, pihak berkepenti­ngan boleh meningkatk­an usaha mereka dalam menggalakk­an tingkah laku kewangan yang positif.

“Melihat kepada keadaan kesejahter­aan kewangan di mana masih ada banyak ruang untuk ditambah baik, penyediaan program intervensi bagi meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran kewangan, serta memupuk sikap kewangan yang baik dalam kalangan MWA perlu dipergiatk­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia