Utusan Borneo (Sarawak)

Zenyie Furniture anjurkan pameran perobot marmar dan lukisan cat minyak di Myy Mall, Miri

-

MIRI: Zenyie Furniture sekali lagi kembali ke Miri dengan menganjurk­an pameran perabot marmar dan lukisan cat minyak bertempat di kompleks beli- belah Myy Mall, Lutong.

Sebagai perhentian terakhirny­a untuk tahun ini, pameran selama sebulan bermula dari 9 Nov hingga 9 Dis 2018, mempamerka­n pelbagai perabot marmar dan lukisan cat minyak.

Bagi para peminat perabot marmar, mereka boleh menemui pelbagai set meja makan marmar yang berpatutan dari harga serendah RM800 sehingga RM8000 dengan saiz dari tiga kaki hingga enam kaki diameter.

Selain daripada bentuk bulat yang biasa, terdapat juga bahagian atas meja yang terdapat dalam bentuk bujur lengkap dengan kerusi.

Antara barang-barang eksotik yang boleh didapati di sini adalah set marmar putih kristal enam kaki yang lut cahaya seperti kristal dari Vietnam.

Selain itu, Zenyie Furniture juga menawarkan set meja makan granit seperti marmar, terkenal dengan ketahanann­ya.

Kepingan marmar yang digilap dipadankan dengan kayu nyatoh, yang merupakan sejenis kayu keras yang terkenal dengan kekuatan dan ketahanann­ya.

Kerusi meja makan juga diperbuat daripada kayu nyatoh.

Menurut pemiliknya Ng Kim Hoi, para pelanggan yang membeli set meja makan marmar dengan kayu nyatoh boleh menerima sebuah lukisan cat minyak secara percuma tidak kira harga perabot tersebut.

Beliau berpendapa­t bahawa set meja makan marmar berkakikan kayu nyatoh sukar untuk ditemui hari ini kerana banyak perabot datang dengan kayu jenis lain, umpamanya kayu getah.

Ujarnya lagi, sejak pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), harga perabot ini meningkat sedikit tetapi beliau berpendapa­t harganya adalah antara yang paling rendah di pasaran buat masa ini.

Untuk para peminat seni, pasti tidak ketinggala­n pameran seni yang mempamerka­n banyak lukisan cat minyak ‘ Fung Shui’ yang menggambar­kan landskap indah gunung, air terjun dan ikan koi yang dipercayai merangsang tuah dan nasib yang baik di ruang rumah anda.

Terdapat juga lukisan yang menggambar­kan imej landskap yang menarik, bungabunga­an dan haiwan yang dijual pada harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ng di talian 019- 2746351. Beliau juga menyediaka­n khidmat penghantar­an percuma untuk pelanggan di Miri. Bagi pelanggan dari Brunei, khidmat penghantar­an ini boleh diatur dengan membayar caj yang kecil. Kad kredit juga diterima untuk urusan pembelian. KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur paras inflasi, pada suku ketiga 2018 (Q3 2018) menurun kepada 0.5 peratus berbanding 1.3 peratus pada Q2, kata Jabatan Perangkaan (DoS).

Makanan dan minuman tanpa alkohol mencatatka­n peningkata­n marginal sebanyak 0.5 peratus berikutan tempoh tanpa cukai pada Q3.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pada Q3 2018, indeks harga pengeluar meningkat 0.1 peratus berbanding negatif 0.4 peratus pada Q2 2018.

Peningkata­n ini disebabkan peningkata­n “harga yang diterima oleh pengeluar bagi barangan yang diurusniag­akan dalam perlombong­an

 ??  ?? TAHAN LAMA: Set meja makan marmar yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.
TAHAN LAMA: Set meja makan marmar yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia