Utusan Borneo (Sarawak)

FDI di Malaysia meningkat kepada RM614.7b pada suku ketiga 2018

-

KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia meningkat kepada RM614.7 bilion pada suku ketiga tahun ini daripada RM590.3 bilion yang direkodkan pada suku kedua 2018, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan semalam, jabatan itu berkata sektor pembuatan merupakan penerima tertinggi FDI di Malaysia (41.4 peratus), diikuti aktiviti kewangan dan insurans/takaful (22.3 peratus) serta perdaganga­n dan borong runcit (7.2 peratus).

“Tiga negara utama bagi FDI ialah Singapura, Jepun dan Hong Kong,” katanya.

Pelaburan langsung di luar negara (DIA) oleh Malaysia pula merekodkan RM491.3 bilion (suku kedua: RM481.0 bilion), terutamany­a dalam aktiviti kewangan dan insurans/ takaful (37.7 peratus), diikuti perlombong­an dan pengkuaria­n (16.7 peratus) dan sektor pertanian (8.1 peratus).

Menurut kenyataan itu, Singapura kekal sebagai destinasi utama kedudukan DIA, diikuti Indonesia dan Pulau Cayman. — Bernama (30.1 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (0.9 peratus), katanya dalam kenyataan semalam mengenai laporan Prestasi Ekonomi Malaysia bagi Q3 2018.

Sementara itu, pasaran buruh meningkat 2.6 peratus pada Q3 kepada 14.9 juta berdasarka­n kepada Kajian Tenaga Buruh.

Mohd Uzir berkata pekerja dalam sektor pembuatan mencatatka­n peningkata­n sebanyak 1.9 peratus manakala gaji dan upah bagi sektor itu meningkat 9.6 peratus selepas mencatatka­n 10.1 peratus pada suku sebelumnya.

“Pada masa sama pekerja dalam sektor perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n 2.7 peratus dan upah meningkat 3.9 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia