Utusan Borneo (Sarawak)

PERLUMBAAN MINI POCKETBIKE DAN GOKART CURI TUMPUAN

- Sumbangan Fadillah Sulaiman

MAJLIS penutupan Samarahan ‘Internatio­nal Food Festival’ disajikan dengan perlumbaan Mini Pocketbike dan gokart.

Sebanyak 20 motosikal mini atau Mini Pocketbike dan 20 gokart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Perlumbaan bermula jam 9 pagi dengan permulaan dari kategori bawah 12 tahun Mini Pocketbike.

Walaupun dengan hujan renyai-renyai, tetapi penunggang yang berumur tujuh tahun hingga 12 tahun tidak menghirauk­an keadaan walaupun jalan licin.

Ini kerana mereka sebelum ini telah dididik cara-cara membawa motosikal mini yang berkuasa 45cc.

Selepas itu, para peserta acara gokart pula mula memanaskan enjin mereka dengan percubaan litar selama lima minit sebelum memulakan perlumbaan 18 pusingan.

Pertanding­an tersebut dianjur Pejabat Daerah Kota Samarahan dengan kerjasama pusat belibelah Summermall Kota Samarahan dan Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching yang mana ramai ahli kelab tersebut berpengala­man dalam perlumbaan automotif bermula dari 2007 hingga sekarang.

Begitu juga dengan Marshall yang berpengala­man untuk mengendali perlumbaan tersebut mendapat pujian daripada pihak penganjur.

Penonton nyata terhibur semasa menyaksika­n perlumbaan Mini Pocketbike yang memperliha­tkan gelagat pelumba berumur tujuh tahun mengendali motosikal mini seperti pelumba GP.

Majlis tersebut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo mewakili Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pengarah Urusan Summer Mall Dato Lee Chee Fui dan beberapa pegawai dari Majlis Perbandara­n Kota Samarahan.

Dalam ucapan Aidel berkata, ini adalah kali pertama beliau melihat perlumbaan pocketbike dan ini adalah salah satu sukan baharu di kawasan tersebut dan beliau mahu sukan sebegini diadakan lagi pada tahun hadapan dan menjadi salah satu acara tahunan.

Bagi setiausaha Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching Fadillah Sulaiman pula, beliau berharap pada tahun hadapan pihak penganjur dapat menjemput peserta dari luar kawasan Kuching seperti Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas untuk menyertai perlumbaan.

Bukan Sarawak sahaja bahkan dari Sabah dan Kalimantan juga boleh menyertai perlumbaan ini, katanya lagi.

 ??  ??
 ??  ?? TURUT HADIR: Aidel bergambar bersama tetamu jemputan di depan pelumba Gokart sebelum perlumbaan bermula. AMBIL PETAK: Para peserta mengambil petak masingmasi­ng pada pusingan kedua. TERUJA: Para pelumba Mini Pocketbike bersedia di petak permulaan.
TURUT HADIR: Aidel bergambar bersama tetamu jemputan di depan pelumba Gokart sebelum perlumbaan bermula. AMBIL PETAK: Para peserta mengambil petak masingmasi­ng pada pusingan kedua. TERUJA: Para pelumba Mini Pocketbike bersedia di petak permulaan.
 ??  ?? BERJAYA: Pelumba Mini Pocketbike serta Ahli Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching bergambar bersama.
BERJAYA: Pelumba Mini Pocketbike serta Ahli Kelab Sukan Permotoran Pusak Itam Kuching bergambar bersama.
 ??  ?? SELESAI: Pelumba gokart bergambar beramai-ramai selepas tamat perlumbaan di kawasan Summer Mall.
SELESAI: Pelumba gokart bergambar beramai-ramai selepas tamat perlumbaan di kawasan Summer Mall.
 ??  ?? HEBAT: Aksi si cilik melalui selekoh tajam mencuri tumpuan penonton.
HEBAT: Aksi si cilik melalui selekoh tajam mencuri tumpuan penonton.
 ??  ?? TAHNIAH: Para pemenang menerima hadiah daripada Aidel.
TAHNIAH: Para pemenang menerima hadiah daripada Aidel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia