Utusan Borneo (Sarawak)

INISIATIF LAHIRKAN JURULATIH BERWIBAWA

FAS mahu lebih banyak kursus jurulatih diadakan bagi meningkatk­an jumlah jurulatih di Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mahu lebih banyak kursus jurulatih diadakan di Sarawak sebagai inisiatif melahirkan lebih ramai jurulatih berwibawa di negeri ini.

Ini ditegaskan oleh Naib Presiden FAS, Phillip Jabu yang mengakui bahawa Sarawak masih kekurangan jurulatih berkelayak­an dan usaha perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa untuk menambahny­a.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha diketengah­kan oleh Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak dan Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurk­an Kursus Lesen ‘D’ FAM 2018.

Katanya, kursus anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak ( IPGKTAR) Kota Samarahan dari 12 hingga 16 November itu (semalam) amat selari dengan usaha FAS mencungkil lebih ramai jurulatih tempatan.

“Jurulatih memainkan peranan penting dalam pembanguna­n bola sepak di negeri ini dan melalui penganjura­n kursus itu kita percaya dapat melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan berwibawa.

“Saya berharap peserta terlibat menterjema­hkan dan memanfaat sepenuhnya ilmu diperolehi sepanjang kursus itu untuk membangun dan mengembang­kan sukan bola sepak di kawasan masingmasi­ng,” katanya pada majlis penutupan kursus itu di IPGKTAR Kota Samarahan semalam.

Phillip yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Serian (SFA) turut mengingatk­an seramai 26 peserta terlibat menggunaka­n apa yang mere- ka pelajari untuk mengangkat martabat bola sepak negeri.

Katanya, generasi baharu jurulatih yang berpengeta­huan tinggi dan berwibawa sangat penting untuk meneruskan legasi kecemerlan­gan bola sepak di negeri ini.

“Jurulatih-jurulatih baharu ini akan menambah percam- bahan idea konstrukti­f dan terkini yang amat kita perlukan bagi membawa bola sepak Sarawak ke satu tahap lebih tinggi.

“Bagi FAS, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada NFDP Sarawak, MSN dan IPGKTAR Kota Samarahan kerana bekerjasam­a men- ganjurkan kursus tersebut,” katanya.

Kursus itu dikendalik­an oleh dua fasilitato­r dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohamad Reduan Abdullah dan Raja Isa Raja Akram Shah.

Untuk rekod, ini merupakan kursus kedua anjuran NFDP dan sesi ketiga kursus sama akan diadakan di Bahagian Serian dalam masa terdekat.

Peserta termasuk empat wanita terdiri jurulatih NFDP, bekas pemain negeri, guru-guru, jurulatih bahagian dan akademi bola sepak.

Hadir sama Naib Presiden FAS, Abdillah Majid dan Ketua NFDP Sarawak, Hazry Abdullah.

Jurulatih memainkan peranan penting dalam pembanguna­n bola sepak di negeri ini dan melalui penganjura­n kursus itu kita percaya dapat melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan berwibawa. Phillip Jabu Naib Presiden FAS

 ??  ??
 ??  ?? KURSUS JURULATIH: (Duduk dari tiga kiri) Hazry, Reduan, Phillip, Abdillah dan Raja Isa bersama urus setia dan peserta selepas kursus berakhir semalam.
KURSUS JURULATIH: (Duduk dari tiga kiri) Hazry, Reduan, Phillip, Abdillah dan Raja Isa bersama urus setia dan peserta selepas kursus berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia