Utusan Borneo (Sarawak)

Dua disyaki samun, rosakkan kedai makan direman tujuh hari

-

MIRI: Dua sahabat yang ditangkap kerana disyaki menyamun dan merosakkan sebuah kedai makan milik seorang peniaga di Pekan Lapok diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pegawai Tadbir Kanan Daerah Kecil Long Lama, Louis Michael Balau setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Bunsu Adong dari Balai Polis Marudi.

Dalam permohonan­nya, Bunsu memberitah­u bahawa kedua-dua suspek telah ditangkap sekitar jam 10 pagi, 14 November lalu di pekarangan Balai Polis Beluru, Bakong.

Tangkapan ke atas mereka dibuat berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang peniaga pada 12 November lalu di Balai Polis Beluru.

Dalamaduan­nya,pengadumen­dakwa ketika sedang berada di kedai makannya yang terletak di Pekan Lapok, beliau telah disamun oleh dua lelaki.

Dua lelaki terbabit turut melarikan wang tunai RM3,400, selain merosakkan barang-barang di dalam kedai serta mencederak­an pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan melakukan khianat.

Dalam permohonan lanjutnya, Bunsu memberitah­u reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 20 tahun dari Bukit Balat, Jalan Lapok, Baram amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Reman ke atas kedua-dua suspek akan tamat pada 22 November ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia