Utusan Borneo (Sarawak)

Abe adakan lawatan bersejarah ke Darwin

Kira-kira 75 tahun selepas tentera Jepun mengebom bandar raya utara Australia itu

-

DARWIN: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengadakan lawatan bersejarah ke Darwin semalam, kira-kira 75 tahun selepas tentera Jepun mengebom bandar raya utara Australia itu, dalam usaha kedua-dua negara untuk mengukuhka­n hubungan ekoran kebangkita­n China sebagai sebuah kuasa besar.

Perdaganga­n dan hubungan pertahanan yang lebih erat merupakan agenda utama dalam lawatan Abe selama dua hari dan pertemuan dengan Perdana Menteri Scott Morrison, sebelum keduadua mereka pergi ke Papua New Guinea untuk sidang kemuncak APEC pada hujung minggu ini.

Abe merupakan pemimpin pertama Jepun yang melawat bandar raya pelabuhan itu di mana lebih 250 orang terkorban dalam beberapa serangan bom pada 1942-43 sewaktu Perang Dunia Kedua – serangan asing terburuk ke atas negara itu.

Abe dan Morrison memberi penghormat­an di tugu peringatan kepada mangsa perang dalam tindakan yang mirip dengan lawatan pemimpin Jepun itu ke Pearl Harbor pada 2016.

“Lawatan Perdana Menteri Abe amat simbolik dan signifikan sekali dan ia akan meneruskan persahabat­an kedua-dua negara kita yang kukuh dan berkekalan selain hubungan kita dari segi ekonomi, keselamata­n, komuniti dan sejarah,” Morrison menyebut dalam satu kenyataan.

Veteran menggambar­kan acara meletak kalungan bunga pada satu majlis di Darwin Cenotaph sebagai menyentuh hati.

“Melihat perdana menteri Jepun di sini benar-benar meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang kita adalah satu perkara yang agak emosional. Ia adalah menakjubka­n bahawa dalam tempoh kira-kira 70 tahun, kita sudah datang sejauh ini,” kata seorang veteran kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Hari ini Abe juga akan memperinga­ti mangsa Jepun apabila beliau melawat sebuah tugu peringatan untuk kakitangan tentera laut yang terkorban apabila kapal I-124 dikaramkan oleh kapal HMAS Deloraine pada Januari 1942 – kapal selam pertama Jepun yang dikaramkan oleh sebuah kapal Australia.

Abe lewat semalam menghadiri majlis yang menandakan pembukaan projek saluran paip bernilai AS$34 bilion ( RM136 bilion), di mana Inpex dari Jepun adalah pengusaha dan pemegang saham majoriti.

Projek Ichthys LNG itu – pelaburan terbesar Jepun di seberang laut – mula menghantar gas asli ke Jepun pada bulan lepas dan dijangka akan mengukuhka­n kedudukan Australia sebagai pembekal tenaga utama ke negara tersebut.

Operasi itu menerokai medan di perairan pantai utara Australia dan menyalurka­n gas hampir 900 kilometer ke sebuah pelabuhan tidak jauh dari Darwin.

Kedua-dua pemimpin turut bertemu untuk rundingan yang menurut pegawai Australia termasuk usaha berterusan untuk mencapai persetujua­n mengenai kerjasama pertahanan yang lebih mantap, termasuk eksesais ketenteraa­n bersama yang kerap.

Usaha itu mencermink­an keinginan kedua- dua negara untuk mengembang­kan pembabitan mereka di rantau Pasifik bagi mengimbang­i aktiviti ekonomi dan tentera China yang semakin giat di rantau tersebut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERI PENGHORMAT­AN: Abe dan Morrison meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang, Darwin Cenotaph, di Darwin, Australia semalam.
— Gambar AFP BERI PENGHORMAT­AN: Abe dan Morrison meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang, Darwin Cenotaph, di Darwin, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia