Utusan Borneo (Sarawak)

MISI HIDUP MATI HARIMAU MALAYA

-

HANOI: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyedari barisan anak buahnya perlu mencatat kemenangan ke atas Vietnam pada aksi final kedua seandainya mahu menjulang Piala AFF Suzuki 2018, yang akan berlangsun­g malam ini di Stadium My Dinh, di sini.

Atau setidaknya, pasukan kebangsaan perlu mengikat pasukan Naga Emas itu 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Apa yang penting, semua pemain harus ‘enjoy’ dan menikmati suasana perlawanan akhir itu dan bermain dengan

” tanpa tekanan.

Tan Cheng Hoe

Pengendali skuad Harimau Malaya

Pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas, Vietnam berjaya mendapatka­n dua gol di tempat lawan di mana perlawanan berkenaan berakhir dengan keputusan 2-2.

Ia jelas menunjukka­n tugas berat menanti anak buah Cheng Hoe yang turut perlu mencari sekurang-kurangnya dua jaringan di Hanoi serta bolos tidak melebihi dua jaringan sekiranya gagal mencapai kemenangan dalam 90 minit masa permainan pada perlawanan malam ini.

Pada sidang media pra-perlawanan semalam, Cheng Hoe yang berbaju kelabu kelihatan tenang dan tidak panik dalam menjawab satu per satu soalan daripada media Vietnam dan Malaysia.

Beliau menyuaraka­n keyakinan bahawa pemainnya dalam keadaan bersedia jika diturunkan kecuali pertahanan kiri, Nazirul Naim Che Hashim yang mengalami kecederaan pangkal peha.

“Saya yakin dengan semua pemain, mereka sangat bermotivas­i untuk menghadapi perlawanan malam esok (malam ini).

“Bermain di hadapan penyokong lawan adalah perkara yang sangat berbeza. Namun, kami mempunyai pengalaman bermain di luar negara serta mempunyai keputusan yang baik,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Pengendali berusia 50 itu turut menggesa barisan pemainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang melepaskan gol awal kepada pasukan Vietnam seperti terjadi dalam dua perlawanan sebelum ini di peringkat kumpulan dan aksi final pertama.

“Kami perlu lebih berhatihat­i dengan setiap gerakan serangan yang dimulakan oleh Vietnam.

“Apa yang penting, semua pemain harus ‘ enjoy’ dan menikmati suasana perlawanan akhir itu dan bermain dengan tanpa tekanan,” katanya.

Malaysia berpeluang merangkul kejuaraan kali kedua Piala AFF Suzuki sekiranya berjaya menundukka­n Vietnam, malam ini.

Datuk K. Rajagobal menjadi jurulatih tunggal negara yang berjaya menjulang piala berkenaan pada 2010 selepas menewaskan Indonesia dalam aksi final. — Bernama KABONG: Pertanding­an Tarik Tali Tertutup peringkat daerah Kabong bakal diadakan pada 29 hingga 31 Disember ini.

Pertanding­an itu dianjurkan sempena ‘Kabong Beach Day 2018’ di Pantai Tanjung Kembang Kabong.

Ia dibahagika­n kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita serta terbuka kepada peserta bermastaut­in di Kabong sahaja.

Tarikh tutup menghantar borang penyertaan pada 27 Disember ini, sebelum jam 2 petang.

Pada hari sama (27 Disember), jam 3 petang diadakan taklimat bagi pengurus pasukan dan cabutan undi bagi menentukan jadual pertanding­an di Pusat Khidmat DUN Kabong.

Tiada yuran penyertaan dikenakan bagi setiap pasukan bertanding namun pasukan hanya perlu membayar borang penyertaan berjumlah RM20 setiap satu.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat bagi johan.

Sejumlah RM800, piala dan pingat untuk tempat kedua, RM600, piala dan pingat bagi tempat ketiga dan RM400, piala dan pingat untuk tempat keempat.

Sebarang pertanyaan dan mendapatka­n borang penyertaan boleh diajukan kepada urus setia Noorazila Morsidi di talian 013-8466492, Fathin Mat (019-8492379) atau Pusat Khidmat DUN Kabong (083-411011).

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe (dua kanan) bersalam dengan ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo (dua kiri) selepas sidang media Pra Perlawanan akhir kedua antara Malaysia menentang Vietnam sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Persekutua­n Bola Sepak Vietnam, semalam.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe (dua kanan) bersalam dengan ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo (dua kiri) selepas sidang media Pra Perlawanan akhir kedua antara Malaysia menentang Vietnam sempena Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Persekutua­n Bola Sepak Vietnam, semalam.
 ??  ?? PEMENANG: Sharbini (tengah) bersama barisan pemenang Kejohanan Badminton Junior SEB di Kuching, Ogos lalu.
PEMENANG: Sharbini (tengah) bersama barisan pemenang Kejohanan Badminton Junior SEB di Kuching, Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia