Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI NAFI SEMBILAN PERTUDUHAN TIPU TAWARAN BAIKI RUMAH

-

LIMBANG: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas sembilan pertuduhan penipuan tawaran membaiki rumah.

Tertuduh, Liew Fook Kin berusia 30 tahun membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim yang kemudianny­a membenarka­n ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Jumlah jaminan yang dikenakan ialah RM27,000 dan mahkamah turut menetapkan 12 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kes penipuan yang dilakukan tertuduh berlaku di antara November 2015 dan Februari 2016 melibatkan kerugian kira-kira RM109,040.

“Tertuduh telah ditangkap pada 11 Disember lalu di daerah Kuching oleh JSJK Sarawak.

“Modus operandi (MO) tertuduh ialah datang ke rumah mangsa dan meninggalk­an kad perniagaan tawaran kerja membaiki rumah. Mangsa kemudian menghubung­i tertuduh untuk urusan tersebut.

“Setelah persetujua­n di antara mangsa dengan tertuduh, mangsa dikehendak­i membuat pembayaran secara berperingk­at ke akaun bank tertuduh,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mangsa kemudianny­a mendapati telah ditipu setelah tiada kerja pembaikan rumah dibuat dan tertuduh melarikan diri.

“Tertuduh sebelum ini juga telah didakwa dengan 44 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 21 November lalu bagi tiga kes berasingan menggunaka­n MO sama di Kuching melibatkan kerugian lebih kurang RM353,325,” katanya.

 ??  ?? DIDAKWA: Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang semalam.
DIDAKWA: Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia